Emulsi vs. penyegar: Apakah perbezaanya?

Tori Douglas

Global Digital

4 min read

Skincare Education

Lakukan pembersihan dan hidrasi dengan mendalam dengan emulsi dan penyegar.

Fresh Rose emulsion and toner

Kita berada pada tahun 2023, dan hampir semua orang lebih berpengetahuan tentang penjagaan kulit berbanding sebelumnya. Dari trend TikTok hingga pempengaruh Instagram, kulit yang cantik adalah trend keperluan terkini, dan kita sanggup menggunakan apa sahaja yang diperlukan untuk memenuhinya. Di fresh, kami melangkaui trend terkini untuk membawakan anda produk penjagaan kulit semula jadi yang berasaskan sains. Dua item kegemaran kami—emulsi dan penyegar—telah menjadi barang keutamaan yang paling diminati. Namun begitu, yang manakah sesuai dengan jenis kulit anda? Adakah anda memerlukan kedua-duanya… atau salah satu daripadanya? Teruskan membaca untuk mengetahuinya.

Apakah emulsi dalam penjagaan kulit?

Emulsi ialah sejenis produk penjagaan kulit popular yang mengandungi kombinasi minyak dan air, menjadikan teksturnya mewah dan seperti susu. Emulsi biasanya digunakan sebagai pelembap dan selalunya bertekstur ringan, menjadikannya sempurna untuk mereka yang mempunyai kulit jenis berminyak atau kombinasi. Ia boleh digunakan pada waktu pagi dan petang sebagai rutin penjagaan kulit untuk menghidrat dan melindungi kulit, serta bagus digunakan sebagai lapisan bersama produk penjagaan kulit yang lain, kerana ia mampu menggalakkan serapan bagi produk yang di sapu kemudiannya.


Emulsi ialah produk penjagaan kulit yang berfungsi dengan membina lapisan pelindungan kulit , mencegah daripada kehilangan lembapan, dan juga mengunci lembapan. Emulsi sangat berkesan dalam menambah baik keadaan dan tekstur kulit, kerana ia memberi kesan yang melembutkan dan melicinkan pada kulit.


Apakah penyegar wajah?

Penyegar wajah dianggap sebagai sebahagian daripada rutin pembersihan—biasanya digunakan terus selepas mencuci wajah dan sebelum memakai serum, emulsi, pelembap, atau produk pelindung matahari. Ia direka untuk menyingkirkan lebihan kotoran, mengimbangi tahap pH kulit, dan membaik pulih penghidratan. Formula penyegar selalunya datang dalam bentuk cecair atau semburan dan di sapu ke seluruh wajah dengan menggunakan kapas, atau disembur terus pada kulit sambil ditekan dengan lembut.


Penyegar wajah dikenali dengan kelebihannya untuk mengecutkan pori dan memperbaharui tekstur kulit. Ia juga dapat membantu membuang lebihan minyak dan sel kulit mati, menjadikan kulit tampak lebih segar dan bermaya. Sebagai tambahan, sesetengah penyegar mengandungi bahan khusus untuk jenis kulit, jadi anda boleh mendapatkan formula yang bersesuaian dengan jenis atau masalah kulit anda.


Satu perkara penting untuk diingati, bukan semua penyegar dicipta dengan persamaan. Penyegar yang berasaskan alkohol memberi kesan yang tidak baik untuk kulit seperti menyingkirkan minyak semula jadi kulit, seterusnya menyebabkan iritasi dan kekeringan. Oleh itu, sangat penting untuk kita memilih penyegar yang bersesuaian dengan jenis kulit, serta mengandungi bahan lembut dan menyuburkan kulit.


Cara memilih produk yang tepat untuk kulit anda

Sebagai ringkasan, emulsi direka untuk menghidratkan kulit anda, sementara penyegar bertindak untuk membersih dan mengimbangi kulit anda. Perkara baiknya? Ada ruang untuk kedua-duanya dimasukkan ke rutin penjagaan wajah anda, dan anda boleh memilih produk yang bersesuaian mengikut keperluan kulit anda.


Setiap orang boleh mendapat manfaat daripada pengunaan penyegar untuk wajah, tetapi buat mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak atau cenderung untuk mendapat masalah jerawat, termasuk mereka yang kerap menggunakan alat solek terutamanya akan mendapati penyegar lebih berkesan untuk mereka. Dengan kuasa mawar tiga kali ganda—ekstrak buah mawar yang menyegarkan, ekstrak mawar damask yang menguatkan, dan minyak mawar yang menyuburkan—Rose & Hyaluronic Acid Deep Hydration Toner membersihkan kulit dari segala kotoran dan mengecilkan liang pori, menghasilkan kulit yang halus dan sekata. Bagi mereka yang memfokuskan kelembutan kulit, dapatkan Crème Ancienne Infusion — penyegar berubat yang membersihkan dan melembutkan tekstur kulit, menjadikannya lembut, anjal dan terhidrat.


Untuk mendapatkan kulit yang terhidrat dengan mendalam, lembap serta kelihatan lembut dan gebu, tambahkan Rose & Hyaluronic Acid Deep Hydration Emulsion ke rutin harian anda. Formulanya yang lembut bak sutera memberikan rasa yang ringan pada kulit, menjadikannya sesuai untuk digunakan secara tunggal atau digunakan bersama pelembap yang memberi khasiat pada kulit. Direka untuk mengimbangi tahap minyak dan air pada kulit, emulsi berkuasa ini membantu menyeratakan tekstur kulit disamping mengecilkan saiz pori, dan memudarkan garis halus.


Dapatkan kulit berseri secara semulajadi dengan fresh

Tidak pasti sama ada produk yang anda gunakan sekarang berkesan untuk anda? Tingkatkan rutin anda dengan bantuan daripada Perunding Kecantikan fresh. Tempah sesi untuk mendapatkan khidmat nasihat tentang penjagaan kulit yang khusus untuk anda dan dapatkan jawapan berkaitan segala persoalan mengenai penjagaan kulit. Secara alternatifnya, dapatkan nasihat daripada kandungan topik yang ditulis oleh pakar kecantikan kami.

Author Profile
blog author tori

Tori Douglas

Global Digital

Written by Tori Douglas for Fresh. Tori is a NYC-based digital and brand strategist. Tori has worked for various publications and brands such as Kiehl's, The Body Shop, Deux Hommes Magazine, and Elite Daily with her expertise lying in the fashion & beauty space.