Manfaat Rawatan Wajah Melalui Sapuan Ais Pada Kulit

Tori Douglas

Global Digital

2 min read

Skincare Education

Temui manfaat trend penjagaan kulit terbaharu—sapuan ais.

skin icing

Pernahkan anda menikmati sensasi ais pada kulit anda? Ianya kini menjadi suatu trend di TikTok memaparkan orang yang menyapu ketulan ais secara terus pada wajah mereka atau merendam wajah mereka ke dalam air berisi air untuk satu tempoh masa. Sudah tentu, ianya dilakukan untuk memperoleh pelbagai manfaat seperti mengurangkan keradangan dan sembap. Setakat ini, sapuan ais bukanlah satu petua baharu dalam rutin penjagaan wajah: teknik serupa telah pun diamalkan sejak zaman dahulu lagi oleh pelbagai latar belakang budaya. Walaubagaimanapun, kini semakin ramai orang yang mencuba teknik sapuan ais ini disebabkan pengaruh media sosial.


Apakah maksud sapuan ais pada kulit?

Melalui kaedah asasnya, ia melibatkan penggunaan kiub ais untuk mengurangkan sembab pada wajah atau di bawah mata. Kita semua pernah menggunakan sudu yang disejukkan di dalam peti sejuk terlebih dahulu atau meletakkan hirisan timun di bawah mata. Tindakan ini mempunyai penjelasan sains disebaliknya. Apabila ais di sapu pada kulit, ia menyempitkan saluran darah sekali gus melegakan keradangan dan menegangkan kulit. Juga dikenali sebagai rawatan ais, sapuan ais pada kulit bertindak sebagai perawatan krioterapi yang mengandungi pengewap nitrogen yang berfungsi untuk menyejukkan kulit di bahagian kulit kepala, leher, dan muka. Anda juga boleh menggunakan produk penjagaan kulit anda sebagai ‘sapuan ais’. Caranya, hanya sejukkan di dalam peti sejuk sebelum menggunakannya.


Apakah kesan sapuan ais pada kulit?

Sekiranya anda mengalami kesakitan otot, tuaman ais boleh membantu menghilangkan rasa sakit dan mengurangkan keradangan. Suhu sejuk singkat mengurangkan kesakitan dengan mengelirukan mesej dari saraf yang mengawal rasa sakit kepada otak. Kaedah ini serupa dengan penjagaan wajah, ia boleh mengurangkan aliran darah pada kawasan berkenaan dengan menyebabkan permukaan sel darah menyempit secara sementara. Inilah sebabnya kaedah sapuan ais untuk mata sembap menjadi amalan yang popular.


Manfaat sapuan ais pada kulit

Terdapat pelbagai manfaat dengan meletakkan ais pada kulit atau menggunakan produk penjagaan kulit yang telah disejukkan. Mari lihat beberapa lagi manfaatnya seperti di bawah:


• Mengecilkan saiz pori: Ia meminimakan kemunculan pori besar dan dapat membantu membersihkan liang pori tersumbat yang diakibatkan oleh lebihan sebum dan kotoran, iaitu punca pori kelihatan besar.

• Mengurangkan radang: Individu yang menghidap keradangan kulit boleh memperoleh manfaat besar dari terapi sejuk. Seperti yang dinyatakan di atas, ia menyempitkan pembuluh darah dan melegakan keradangan.

• Menyingkir sel kulit mati: Rawatan Cryofacial boleh membantu menyingkirkan lapisan luar sel kulit mati dan merangsang pertumbuhan sel baharu di lapisan dalam dengan lebih baik.

• Membantu mengurangkan jerawat: Ais dapat membantu mengurangkan bengkak dan kemerahan akibat jerawat. Sapuan ais boleh membantu agen antibakteria untuk memasuki liang pori memandangkan ia juga menyebabkan pengelupasan.


Cara menyapu ais pada kulit anda

Terdapat pelbagai cara untuk anda menyapu ais pada kulit anda. Sesetengah orang menggunakan alatan khas, sementara sesetengah yang lain hanya menggunakan ketulan ais terus pada wajah.


• Penggolek ais untuk wajah: Penggolek ais dan glob ais boleh di sapu pada seluruh muka dan memberikan sensasi dingin yang dikehendaki. Melalui cara ini, anda tidak akan berasa suhu yang terlalu sejuk disamping dapat memberi tepukan lembut pada kulit.

• Kiub ais: Sekiranya anda ingin menggunakan kiub ais, lebih baik meletakkannya ke dalam beg plastik untuk mengelak ais yang mencair daripada menitis pada muka dan baju.

• Sudu beku: Sudu yang dibekukan juga merupakan kaedah yang sangat berkesan. Bentuk sudu sudah menggambarkan dengan tepat keadaan bawah mata yang sembab.


Petua untuk melakukan sapuan ais

Sebaiknya, anda disarankan untuk berbincang dengan pakar kesihatan atau penjagaan kulit sebelum melakukan rutin sapuan ais. Ikuti petua berikut sekiranya anda sudah bersedia untuk melakukannya.


• Jika anda menyapu ais terus pada kulit, pastikan ais yang digunakan bersih dan tidak tercemar.

• Basuh muka sebelum sapuan ais dijalankan.

• Sediakan kain khusus untuk wajah atau tisu untuk mengelap lebih cecair dari ais yang mungkin akan menitis jatuh dari muka anda.

• Balutkan ais dengan kain atau apa-apa yang bersesuaian untuk mengelakkan ais terkena langsung pada kulit. Ini juga akan melindungi wajah dan tangan anda.


Keadaan yang tidak sesuai untuk melakukan sapuan ais

Rutin ini sesuai untuk diamalkan oleh sesiapa sahaja, tetapi sebaiknya elakkan sekiranya anda mengalami kondisi seperti di bawah:


• Kulit sensitif: Ia boleh menyebabkan iritasi dan kemerahan terhadap individu yang cenderung untuk mengalaminya.

• Kapilari pecah: Jika anda mendapati adanya garis halus merah pada bawah mata, elakkan sapuan ais kerana ia boleh mengganggu kesembuhan.

• Prosedur perawatan wajah: Jika anda sedang melalui proses penyembuhan akibat pembedahan kosmetik, pengelupasan kulit mahupun laser, jangan lakukan sapuan ais kerana anda seharusnya membiarkan kulit anda untuk sembuh secara semula jadi.


Dapatkan pengetahuan terbaik tentang penjagaan kulit di fresh

Sebagai tambahan untuk pembelian produk penjagaan kulit yang akan menambah baik kondisi kulit anda, kami juga menyediakan panduan untuk anda berkaitan penjagaan kulit. Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang antioksida dan cara untuk menggunakannya, bertanya sama ada ais baik untuk kulit anda, atau ketahui trend terkini seperti skin cycling dan skin flooding. Terlalu banyak untuk diketahui!


Author Profile
blog author tori

Tori Douglas

Global Digital

Written by Tori Douglas for Fresh. Tori is a NYC-based digital and brand strategist. Tori has worked for various publications and brands such as Kiehl's, The Body Shop, Deux Hommes Magazine, and Elite Daily with her expertise lying in the fashion & beauty space.