Haruman Uniseks, Dicipta untuk Semua

Juliette Cohen

Global Consumer Experience

4 min read

Expert Advice

Ketahui haruman universal dan ringan kami

Fragrences

Semburkan haruman uniseks terkemuka kami pada bila-bila masa! Sama ada anda menyegarkan badan selepas aktiviti seharian atau bersiap sebelum temu janji, haruman kami merangsang deria anda dan menetapkan mood persekitaran anda. Koleksi haruman terkemuka kami menawarkan pelbagai wangian ringan yang merangsang deria anda, yang boleh disesuaikan dan direka untuk dilapis.




Minyak Wangi Rose Morning

Wangian sensual ini adalah eliksir untuk cinta. Aroma yang lembut seperti baldu dengan seduhan ros, bunga pic dan aroma kasturi untuk aura yang mistik dan memikat. Haruman yang romantik dan sesuai untuk sebarang temu janji, siang atau malam. Untuk bauan ros yang dipertingkatkan, cuba gandingkannya dengan Semburan Penghidratan Mengecilkan Liang Pori Ros.


Minyak Wangi Hesperides Grapefruit

Wangian sitrus ini memberi kesegaran yang merangsang semangat, sesuai untuk menikmati saat-saat gembira. Dengan gabungan ciri haruman rhubarb, limau gedang dan lemon, wangian yang mencergaskan ini akan membangkitkan deria anda. Imbaskan ingatan anda kembali ke detik masa yang lebih santai dan indah. Untuk sensasi sitrus terbaik dari hujung rambut hingga hujung kaki, gandingkannya dengan Pembersih badan Limau Gedang Hesperides dan Losen Badan Limau Gedang Hesperides.


Minyak Wangi Sugar Lemon

Bau yang cergas ini sesuai untuk individu yang cerdas dan bersemangat bak sinaran matahari. Wangian yang ringan dan merangsang semangat ini dengan gabungan ciri haruman karamel dan lemon ini sesuai untuk masa bekerja atau bermain! Untuk penjagaan diri sepenuhnya badan, gandingkannya dengan Pembersih Badan Sugar Lemon dan Losen Badan Sugar Lemon.


Minyak Wangi Sugar Lychee

Wangian memikat ini menenangkan dan penuh nostalgia. Wangian buah-buahan, bau kayu yang ringan mempunyai keseimbangan gabungan ciri haruman buah laici, ambar dan kayu cendana. Haruman ini sesuai untuk sebarang acara besar dan anda ingin menjadi tumpuan orang ramai di sana. Untuk bau manis yang menarik, gunakannya bersama dengan Pembersih Badan Sugar Lycee dan Losen Badan Sugar Lycee.


Minyak Wangi Fresh Life

Wangian yang mengasyikkan dan berbau bersih ini adalah untuk seseorang yang suka akan rumput, ombak dan matahari. Wangian klasik ini berbau semula jadi dan tulen, diimbangi dengan gandingan ciri sitrus dan lumut oak. Haruman ini sesuai untuk percutian atau saat-saat yang tenang. Untuk kombinasi yang menyemarakkan semua deria anda, mulakan rutin penjagaan badan anda dengan Pembersih Badan Fresh Life dan Losen Badan Fresh Life.


Masih tidak boleh membuat keputusan? Ketahui koleksi lengkap haruman dan penjagaan badan kami.

Author Profile
blog Juliette Cohen

Juliette Cohen

Global Consumer Experience

Written by Juliette Cohen for Fresh. Juliette is an NYC- based beauty writer and educator. Juliette’s experience lies within public relations and communications, and she is extremely passionate about all things beauty, fashion, and writing. Juliette serves as the Editor-in-Chief and Co-Founder of a lifestyle blog for Gen-Z women.