5 Langkah Rutin Antipenuaan untuk Kulit Kelihatan Muda

Sara Anderson

Global Brand Storytelling

3 min read

Expert Advice

Penampilan yang sama hebatnya seperti perasan anda dengan rutin antipenuaan kami, yang menampilkan koleksi Crème Ancienne kami

Creme Ancienne

Jangan terpedaya oleh nama kategori produk ini: Penjagaan kulit antipenuaan adalah untuk semua peringkat umur, jenis kulit dan rona kulit. Setiap orang memerlukan formula berkhasiat untuk melindungi dan mengukuhkan lapisan pelindung kulit sambil menangani tanda-tanda penuaan. Memperkenalkan Koleksi Crème Ancienne fresh, yang menampilkan ciri-ciri pemulihan yang membantu melicinkan penampilan kedutan, meningkatkan kestabilan dan keanjalan serta menyihatkan kulit secara intensif. Sama ada anda ingin mencegah atau membaiki tanda-tanda penuaan, penjagaan kulit antipenuaan yang diperlukan ini akan memberi anda penampilan wajah yang licin, berseri dan awet muda.


Apakah yang menyebabkan penuaan kulit?

Proses penuaan semula jadi disebabkan oleh dua faktor: struktur kulit yang lemah dan lapisan pelindung kulit yang lemah. Apabila usia kita semakin meningkat, struktur kulit akan menjadi semakin lemah akibat pengurangan struktur protein dan lipid yang membantu mengekalkan keanjalan dan kekenyalan kulit. Peningkatan usia juga menyebabkan lapisan pelindung kulit kita menjadi lebih lembut dan rapuh, dan terdedah kepada kehilangan lembapan serta menjadi kurang berdaya tahan terhadap perengsa kulit luaran seperti radikal bebas, bahan pencemar, dan sinaran UV. Akibatnya, kulit kelihatan kurang lembut dan tegang serta lebih kering dengan penampilan garis-garis halus dan kedutan yang ketara.


Bagaimanakah saya boleh menangani penuaan kulit?

Cara terbaik untuk menangani penuaan—sama ada anda mempunyai lapisan pelindung kulit yang rapuh atau struktur kulit yang lemah—adalah dengan mengikuti rutin penjagaan kulit matang seperti rangkaian produk warisan fresh Koleksi Crème Ancienne. Diinspirasikan oleh krim pertama di dunia yang dicipta oleh saintis berpengaruh abad ke-2 Claudius Galenus, koleksi premium tersebut menampilkan formula yang dihasilkan dengan kemahiran dan ketelitian yang sama yang digunakan beribu-ribu tahun dahulu, tetapi menggunakan bahan-bahan pemulihan yang berkhasiat yang terdapat hari ini seperti minyak biji meadowfoam. Dengan kandungan asid lemaknya, ramuan wira kami menembusi kulit dengan mudah untuk menyediakan asas yang licin dan anjal. Berikut ialah rutin penjagaan kulit antipenuaan 5 langkah kami yang disyorkan untuk memulihkan kecergasan dan keremajaan kulit.



Ritual Pemulihan Tertinggi


Langkah 1: Memberi khasiat & meningkatkan keanjalan kulit secara intensif

Masker Muka Madu Berkhasiat Crème Ancienne

Masker muka yang unik dan mewah ini dibuat dengan 38% madu lebah Buckfast, menghasilkan selubung khasiat yang menyelesakan sambil menyamankan kulit yang halus dan rapuh serta meningkatkan keanjalan. Formula ini turut diperkaya dengan ekstrak echinacea dan vitamin E bagi membantu melindungi dan melembutkan kulit, dan bukan bersifat komedogenik—yang bermaksud, tidak akan menyumbat liang pori anda—menjadikan kulit halus bak sutera dan lembut seperti baldu dengan penampilan yang lebih gebu. Untuk menggunakannya, sapukan pada kulit yang telah dibersihkan dan lembap. Elakkan kawasan mata. Biarkan selama 8 hingga 10 minit dan bilas dengan air hangat. Boleh digunakan pada waktu pagi atau malam, 3 hingga 4 kali seminggu.


Langkah 2: Mengurangkan garisan & meningkatkan kecerahan

Serum Muka Crème Ancienne Supreme

Serum muka antipenuaan ini direka secara teliti dengan menggunakan ekstrak akar dan botani yang sangat berharga (commiphora, ginseng dan echinacea) serta minyak biji meadowfoam untuk menangani tanda-tanda penuaan—menghaluskan penampilan kedutan, meningkatkan keanjalan dan kecerahan. Serum untuk kulit matang atau kulit halus ini turut melindungi kulit daripada kerosakan masa hadapan, menjadikan kulit sihat, lembut, anjal dan selesa. Untuk menggunakannya, pam 3 kali dan sapukan pada dahi dan pipi. Ulangi untuk bahagian leher. Boleh digunakan pada setiap pagi dan malam.


Langkah 3: Melicinkan kedutan di sekitar mata sambil menegangkannya

Krim Mata Crème Ancienne

Krim mata yang mewah dan berkhasiat ini mengurangkan penampilan sembap dan melicinkan penampilan kedutan di sekitar mata—sambil memberi kelembapan. Tekstur mewah rawatan mata dan sarat dengan beraneka bahan—minyak biji meadowfoam dan ekstrak biji epal gula—membantu menyihatkan dan menegangkan lapisan pelindung kulit yang rapuh di sekeliling mata. Untuk menggunakannya, sapukan perlahan-lahan pada kawasan mata dengan jari manis anda; gunakan pada waktu pagi dan malam.

Langkah 4: Memberi khasiat & melicinkan penampilan kedutan

Eliksir Minyak Muka Crème Ancienne

Eliksir kecantikan pemulihan ini sangat digemari kerana minyak berkhasiatnya yang kaya dengan omega, yang memberikan keselesaan yang menyamankan kepada lapisan pelindung kulit yang rapuh sambil meningkatkan kelembutan kulit. Kaya dengan biji meadowfoam dan minyak seabuckthorn, formulanya menyerap dengan cepat dan terbukti dapat melicinkan penampilan garisan, menjadikan kulit tampakn gebu dan sihat. Untuk menggunakannya, urut 2 hingga 3 titis secara perlahan pada muka anda dan sekitar tulang soket mata. Elakkan kawasan mata.

Langkah 5: Memulihkan kulit dalam tempoh 4 minggu

Crème Ancienne atau Krim Lembut Crème Ancienne

Kedua-dua krim muka ini ialah pelembap yang sesuai untuk kulit yang menua atau kulit yang rapuh, kerana keupayaannya yang terbukti untuk memulihkan lapisan pelindung kulit yang lemah, meningkatkan kestabilan kulit dan melicinkan penampilan garisan dan kedutan. Malah, kedua-dua pelembap telah diuji secara khusus sebagai sesuai untuk pasca prosedur dermatologi,* seperti rawatan laser, gelombang cahaya dengan intensiti tinggi, pengelupasan ultra ringan, dan penegangan kulit yang boleh menyebabkan kerengsaan atau merapuhkan serta melemahkan lapisan perlindungan kulit.


*penilaian toleransi oleh pakar dermatologi, 30 subjek yang menjalani prosedur dermatologi bukan invasif sebelum menggunakan Krim Lembut Crème Ancienne/Crème Ancienne selama 4 minggu berturut-turut.


Perbezaan tekstur setiap pelembap: Krim muka Crème Ancienne mempunyai rumusan yang kaya yang dihasilkan dengan tangan di biara dan mempunyai tekstur yang paling hampir dengan formula asal Claudius Galenus. Ia perlu dihangatkan di antara jari sebelum disapu pada kulit. Tekstur Krim Lembut Creme Ancienne yang lembut dan ringan dapat disapukan dengan mudah pada kulit. Kedua-dua krim muka pemulihan ini dibuat dengan teliti untuk mengekalkan komposisi dan tekstur ramuannya, seperti minyak biji meadowfoam dan lilin kamomil.


Terkenal dengan komposisi asid lemaknya, minyak biji meadowfoam menembusi lapisan atas epidermis untuk memberi khasiat yang mendalam, manakala lilin kamomil berfungsi sebagai lapisan pelindung yang memberi kenyamanan bagi membantu mengurangkan bintik-bintik kering sambil melembutkan kulit. Ia bertindak seperti perisai berkhasiat untuk kulit anda. Untuk menggunakan pelembap Crème Ancienne, hangatkan krim dengan menggosoknya dengan perlahan di antara tapak tangan. Kemudian tekan perlahan-lahan dan ratakannya pada pipi, dagu, dahi; ulangi pada leher anda. Apabila menggunakan Krim Lembut Crème Ancienne, ratakan krim di antara hujung jari dan kemudian sapukan pada kawasan yang sama dalam gerakan membulat. Krim muka boleh digunakan pada waktu pagi dan malam.


Ketahui Koleksi Crème Ancienne kami untuk menangani tanda-tanda penuaan.

Author Profile
blog author Sophia

Sara Anderson

Global Brand Storytelling

Written by Sara Anderson for Fresh. Sara is a NYC-based global marketer and beauty content strategist. Sara has 12+ years of experience conceptualizing and producing original content in beauty, fashion, music, and entertainment. Sara has created content for Fast Company, Us Weekly, Birchbox, and PopCrush.com with her expertise most recently in the beauty space.