Cara Memperoleh Kulit Bak Kelopak Bunga

Kaleigh Fasanella

Pakar Kecantikan

4 min read

Expert Advice

Pelajari bagaimana untuk mendapatkan kulit yang sangat mulut seperti kelopak bunga bunga dengan lima langkah mudah.

how to get petal skin

Kulit bak kelopak bunga sememangnya kedengaran seperti—kulit yang sangat lembut umpama baldu dan ibarat menyentuh kelopak bunga. Bagaimanakah untuk anda mencapai estetika yang sangat lembut, seperti sentuhan satin begitu? Sudah tentu, dengan rutin penjagaan kulit yang bagus. Kini kita telah mengetahuinya, teruskan membaca agar kita berjaya memperoleh kulit umpama kelopak bunga dalam lima langkah mudah.

Langkah 1 : Eksfoliasi

Pertama sekali, anda perlu melakukan eksfoliasi sebagai penyediaan untuk hidrasi. Kaedah ini bukan hanya menyingkirkan kulit mati—menjadikannya lebih lembut dan cerah—tetapi juga akan membantu meningkatkan keberkesanan produk kulit anda yang lain. Produk fresh terlaris Sugar Face Polish Exfoliator bertindak untuk menyingkirkan sel kulit mati secara lembut sekali gus menyuburkan kulit, melalui campuran sinergistik gula perang, biji buah strawberi (yang memberi kesan pencerahan), serta biji plum dan minyak biji anggur. Hanya oleskan jumlah secukupnya sebanyak tiga hingga empat kali seminggu (bergantung pada tahap sensitiviti kulit anda), dan biarkan seketika pada kulit anda selama lima hingga sepuluh minit untuk ia bekerja sebelum membilasnya dengan air suam.


Langkah 2: Esen

Selesai eksfoliasi, kini masa untuk melembapkan wajah anda dengan langkah hidrasi—bermula dengan esen muka, yang akan menembusi kulit secara mendalam dan memberi manfaat khusus, seperti mengurangkan garis halus dan kedutan. Kombucha Antioxidant Facial Treatment Essence kami menampilkan pati kombucha dengan penapaian dua kali—yang dipenuhi dengan bahan antioksida yang hebat dalam membantu melindungi dan memperbaiki kulit—termasuk juga asid hialuronik dan bunga artemesia sebagai agen penambah baik tona kulit serta penghidratan. Tepukkan ia sebesar saiz syiling pada wajah sementara kulit masih sedikit basah untuk merangsang hidrasi serta merta dan meningkatkan keberkesanan terhadap rutin penuh anda.


Langkah 3: Serum

Seterusnya, waktu untuk serum. Rose Deep Hydration Oil-Infused Serum kami menyubur dan melembutkan kulit, menjadikannya gebu dan berseri-seri dengan adanya bahan seperti squalane, ekstrak mawar damask, dan air mawar. Dengan bahan-bahan ini, ia memberi kesan penghidratan yang sangat menenangkan, dan menguatkan lapisan perlindungan kulit serta menjadikan kulit lebih sihat hari demi hari.


Langkah 4: Emulsi

Emulsi merupakan produk yang bagus untuk di tambah ke rutin anda sekiranya anda mencari penghidratan terbaik dan membantu menyeimbangkan nisbah minyak dan air pada kulit anda. Rose & Hyaluronic Acid Deep Hydration Emulsion terbaharu kami bersifat seperti susu, menyeimbangi kulit dengan ramuan ajaib ekstrak mawar damask, asid hialuronik, dan ekstrak yarrow. Teksturnya sangat ringan pada kulit dan membantu untuk mengunci lembapan agar kulit kekal selesa, lembut dan licin.


Langkah 4 : Pelembap dan/atau Topeng Muka Semalaman

Akhir sekali, tutup semuanya dengan lapisan pelembap berkonsentrasi tinggi (jika sesuai dengan kulit anda) atau topeng muka semalaman yang ringan. Floral Recovery Calming Mask kami menjadikan kulit nyaman dan dan anjal, sementara Black Tea Peptide Firming Overnight Mask kami melembutkan dan menegangkan wajah sewaktu anda tidur supaya anda bangun dengan tampak segar dan berseri-seri. Pelembap yang dicadangkan ialah Rose & Hyaluronic Acid Deep Hydration Moisturizer iaitu pilihan pelembap yang cepat dan mudah meresap, sesuai untuk semua jenis kulit.


Alami wajah yang berseri-seri setiap hari

Sudah tentu, kebanyakan daripada rutin harian penjagaan wajah anda bergantung pada jenis dan masalah kulit anda, jadi inilah sebabnya kami menawarkan konsultasi peribadi bersama pakar kecantikan kami untuk membantu anda menemui produk dan langkah supaya anda dapat mencapai kulit yang cantik, lembut bak kelopak bunga. Layari Fresh.com sekarang untuk mengetahui lebih lanjut.

Author Profile
blog author Kaleigh Fasanella

Kaleigh Fasanella

Pakar Kecantikan

Kaleigh adalah seorang penulis dan editor kecantikan serta kesihatan yang berpangkalan di New Jersey dengan sedekad pengalaman berkhidmat bersama saluran media digital dan perniagaan. Beliau bekerja untuk Allure, Teen Vogue, dan Bustle Digital Group sebelum bekerja bebas. Beliau amat prihatin dalam menormalkan pelbagai jenis kulit dan menyebarkan meseg penerimaan kulit kerana beliau sendiri mempunyai masalah genetik yang jarang berlaku