Cara untuk Mengekalkan Keseimbangan Air dan Minyak Kulit Anda

Kaleigh Fasanella

Pakar Kecantikan

4 min read

Expert Advice

Temui sebab nisbah minyak dan air yang seimbang pada kulit anda boleh menyerlahkan kulit yang sihat.

Maintain Skin's Water and Oil Balance

Minyak dan air mungkin tidak boleh sebati dengan baik, tetapi untuk mendapatkan kulit yang sihat, kedua-duanya memainkan peranan yang penting. Secara ringkasnya, kulit kita memerlukan keseimbangan minyak dan air yang baik supaya dapat mengekalkan kesihatannya dan melindunginya dari tekanan persekitaran.


Masalahnya? Kulit kita menghasilkan minyak secara semula jadi, tetapi bukan air—bermaksud kita perlu memperolehinya melalui sumber luaran dan dalaman, seperti meminum air kosong dan memggunakan produk penjagaan kulit yang melembapkan. Berita baiknya, ini boleh dilakukan melalui rutin penjagaan kulit wajah yang betul disertai dengan sedikit usaha.


Sertai kami untuk menerokai cara mengekalkan keseimbangan minyak dan air yang optimum supaya kulit anda sentiasa berseri dan sihat.



Apakah maksud kulit kering dan lembap?

Perbezaan utama antara kulit kering dan lembap bergantung kepada—seperti yang anda teka—ialah minyak dan air. Dehidrasi merupakan keadaan yang disebabkan oleh kekurangan air dalam kulit, manakala kulit kering bermaksud jenis kulit yang dialami oleh individu yang tidak menghasilkan minyak yang secukupnya.


Ini menandakan bahawa kulit berminyak juga boleh mengalami dehidrasi jika kurang pengambilan air (atau jika anda menghapuskan minyak semula jadi akibat eksfoliasi yang berlebihan). Dalam kes ini, kekurangan lembapan dalam kulit menyebabkan penghasilan minyak meningkat, yang akhirnya membawa kepada keseimbangan yang tidak sihat lalu kulit menjadi kusam dan berminyak.


Mengapakah kulit memerlukan air?

Air menjadikan kulit gebu, elastik dan anjal. Tanpa air, kulit akan kelihatan kusam dan kurang bermaya, dan garis halus serta kedutan akan lebih menonjol. Air juga sangat penting bagi semua sel kita untuk berfungsi sebaiknya, temasuklah sel kulit.


Mengapakah kulit memerlukan minyak?

Minyak—juga dikenali sebagai sebum—sangat diperlukan untuk menjadikan kulit kekal lincir dan untuk menyokong fungsi lapisan perlindungan kulit yang optimum. Sebagai tambahan, minyak dikatakan mampu memberi kesan antioksida dan antibakteria, yang akan membantu melindungi kulit dari kerosakan radikal bebas yang disebabkan oleh faktor persekitaran seperti pendedahan terhadap sinaran UV, cuaca melampau dan pencemaran.


Bagaimana untuk mengekalkan keseimbangan minyak dan air?

Ianya ringkas: Ikuti rutin penjagaan kulit mengikut jenis kulit anda. Jika anda mempunyai kulit jenis berminyak, jangan abaikan kelembapan! Ini akan menyebabkan kulit anda lebih bekerja keras dan dan menghasilkan lebih banyak minyak. Produk terbaik untuk kulit berminyak bersifat sangat ringan tetapi ultra-hidrasi, seperti Rose & Hyaluronic Acid Deep Hydration Emulsion kami dan Rose & Hyaluronic Acid Deep Hydration Moisturizer Kedua-duanya bersifat bukan komedogenik (bermakna ianya tidak menyebabkan pori tersumbat) dan mengandungi senarai bahan yang mesra kulit termasuklah air mawar, ekstrak yarrow, dan asid hialuronik.


Bagi mereka yang mempunyai kulit kering, penghidratan berlapisan boleh menjadi sangat bermanfaat. Ini bermakna dengan menggunakan esen, serum, emulsi, diikuti dengan pelembap dan minyak wajah untuk mengunci segalanya bersama. Kombucha Antioxidant Facial Treatment Essence kami padat dengan antioksida serta asid hialuronik untuk meningkatkan kelembapan, dan Crème Ancienne Face Oil Elixir kami menambah baik khasiat dan keanjalan kulit, menjadikannya kelihatan lembut dan dan gebu.


Sebagai tambahan untuk merawat jenis kulit dengan produk penghidrasi, sangat penting agar kita tidak berlebihan melakukannya terutama apabila melakukan eksfoliasi, kerana ini akan menghapuskan minyak penting pada kulit anda, seterusnya menyebabkan kerosakan lapisan perlindungan kulit. Memadai dengan satu atau dua kali seminggu—bergantung pada tahap sensitiviti kulit anda—dan utamakan formula lembut seperti Sugar Face Polish Exfoliator terlaris kami. Diperbuat daripada biji buah strawberi sebenar, minyak biji plum, gula perang, minyak biji anggur, ia menyingkirkan sel kulit mati sekali gus memberi khasiat pada kulit untuk hasil yang lebih berseri-seri.


Cari keseimbangan yang mudah dengan fresh

Bosan dengan rutin menyeimbangkan? Di fresh, kami menggabungkan bahan semula jadi yang mujarab, ritual kuno dan sains moden untuk mencipta rangkaian produk penjagaan kulit untuk semua jenis kulit dan keperluan. Terokai wira penjagaan kulit kami untuk menikmati kulit yang seimbang dan sihat.

Author Profile
blog author Kaleigh Fasanella

Kaleigh Fasanella

Pakar Kecantikan

Kaleigh adalah seorang penulis dan editor kecantikan serta kesihatan yang berpangkalan di New Jersey dengan sedekad pengalaman berkhidmat bersama saluran media digital dan perniagaan. Beliau bekerja untuk Allure, Teen Vogue, dan Bustle Digital Group sebelum bekerja bebas. Beliau amat prihatin dalam menormalkan pelbagai jenis kulit dan menyebarkan meseg penerimaan kulit kerana beliau sendiri mempunyai masalah genetik yang jarang berlaku