Koktel penjagaan kulit: semua yang anda harus tahu

Brittan Bates

Global Brand Storytelling

4 min read

Skincare Education

Mari campurkan campuran peribadi untuk kulit anda.

Skin Cocktailing Dropper

Kami sudah semestinya tidak bermaksud bahawa anda harus minum minuman koktel sebelum atau semasa melakukan rutin penjagaan kulit anda. Sebaliknya, apa yang kami maksudkan ialah, cara untuk menggabungkan produk penjagaan kulit untuk membuat koktel penjagaan kulit yang berkesan.

Apa itu koktel penjagaan kulit

Proses lapisan atau menggabungkan pelbagai produk dalam rutin penjagaan kulit anda untuk merawat keadaan tertentu dikenali sebagai koktel penjagaan kulit. Untuk mencerahkan kulit anda, sebagai contoh, anda mungkin ingin menggabungkan bahan atau krim. Keberkesanan koktel penjagaan kulit anda bergantung kepada campuran dan keserasian bahan atau produk yang betul, mengetahui cara melapisi penjagaan kulit, dan susunan rutin penjagaan kulit yang betul.


Apakah aktif penjagaan kulit

Jika anda pernah membaca blog kecantikan, anda mungkin pernah menemui istilah aktif penjagaan kulit. Secara ringkasnya, aktif adalah komponen produk yang menangani masalah yang ada. Makmal telah mengkaji dan mengesahkan bahawa komponen aktif ini memberi impak pada kulit melalui pelbagai cara dan secara khusus. Selalunya, komponen aktif membantu dalam rawatan gangguan kulit biasa seperti hiperpigmentasi dan jerawat. Vitamin C, asid salisilik, asid hyaluronik, dan niacinamide adalah komponen aktif penjagaan kulit yang paling lazim.


Bagaimana untuk melapis aktif penjagaan kulit

Lapisan aktif penjagaan kulit adalah penting untuk program penjagaan kulit yang betul. Berikut adalah kaedah langkah demi langkah untuk melapisi produk penjagaan kulit dengan betul. Sentiasa guna mengikut urutan tekstur. Mulakan dengan bahan yang paling ringan dan seterusnya diikuti dengan tekstur yang lebih tebal. Toner dan serum muka, sebagai contoh, harus digunakan terlebih dahulu, diikuti oleh produk yang lebih berminyak atau padat teksturnya. Sama seperti membanjiri kulit, lapisan yang betul adalah penting untuk kelembapan kulit.


Kekal ringkas

Tidak perlu terlalu sukar. Sama seperti koktel klasik, anda juga tidak memerlukan koktel penjagaan kulit yang rumit untuk memastikan ia berkesan. Kadang-kala, koktel rutin penjagaan kulit yang terbaik mempunyai kandungan yang sedikit, di mana, pakar kecantikan turut syorkan. Hanya bersihkan wajah anda untuk permulaan yang menyegarkan. Bersihkan dan terkelupas kulit anda untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati yang boleh menghalang penyerapan produk.


Perhatikan masa

Semasa anda melapis produk penjagaan kulit dengan betul, adan juga perlu memerhatikan masa. Setiap produk harus diserap dan kering pada kulit anda sebelum menggunakan produk seterusnya. Jika anda melihat gumpalan produk pada kulit, itu bermakna produk-produk tersebut tidak sempat diserap ke kulit anda dan anda harus membenarkan lebih banyak masa untuk produk kering sebelum menggunakan produk seterusnya.


Kandungan yang perlu anda elakkan semasa mencampur

Untuk melindungi kulit anda, terdapat beberapa kandungan yang perlu anda elakkan bagi koktel penjagaan kulit. Sangat penting untuk mengelak daripada menggunakan pengelupas kimia terlalu banyak, seperti asid alpha-hidroksi (AHAs) dan asid beta-hidroksi (BHAs), dalam set penjagaan kulit anda. Ini boleh menyebabkan pengelupasan kulit yang keterlaluan dan berpotensi untuk merosakkan penghalang kulit.


Adalah dinasihatkan juga untuk mengelakkan daripada menggunakan produk yang mengandungi retinol selepas menggunakan AHAs atau BHAs dalam rutin penjagaan kulit anda. Ini kerana, ia akan menyebabkan kerengsaan kulit. SPF harus digunakan setiap hari untuk melindungi kulit anda, tetapi sangat penting untuk digunakan sehari selepas menggunakan retinol dan asid.


Petua koktel yang hebat untuk perlindungan maksimum adalah menggunakan Vitamin C bersama SPF anda pada waktu pagi untuk melindungi kulit anda daripada tekanan persekitaran.


Jangan terlebih

Aktiviti penjagaan kulit mempunyai kesan yang besar. Di mana, ia harus digunakan dengan berhati-hati, dan bahan-bahan tertentu perlu diambil secara sederhana. Pengelupasan asid dan retinoid boleh merosakkan halangan kelembapan kulit anda, menjadikannya terdedah kepada kemerahan dan kerengsaan. Sekiranya anda mengalami kerengsaan, anda harus mempertimbangkan untuk mengurangkan penggunaan semua pengelupasan kimia. Sebaliknya, utamakan elemen pelembab berbanding aktif agresif.


Koktel untuk kulit bermasalah

Jika anda mempunyai masalah kulit seperti ekzema, jerawat, atau rosacea, anda perlu berhati-hati dengan rutin penjagaan kulit anda. Anda harus berhati-hati dengan komponen aktif kerana anda mungkin tidak dapat menggunakannya sebanyak orang lain. Adalah lebih baik untuk memperkenalkan produk aktif baru ke dalam rutin anda secara beransur-ansur dan satu demi satu, memberikan masa kulit anda untuk menyesuaikan diri.


Terokai rutin penjagaan kulit yang lebih menarik dengan fresh

Di fresh, kami percaya bahawa produk penjagaan kulit dan kecantikan harus selamat, berkesan, dan memanjakan. Jadi, jika anda berminat dengan koktel penjagaan kulit, teruskan ke produk penjagaan kulit kami dan cari yang sesuai untuk anda. Dengan fresh, anda akan mendapat koleksi produk yang terbaik untuk memulakan koktel penjagaan kulit yang ideal.

Author Profile
blog author Brittan Bates

Brittan Bates

Global Brand Storytelling

Written by Brittan Bates for Fresh. Brittan is an NYC-based writer, editor, and storyteller with 9 years of experience spanning digital and print journalism, copywriting, brand strategy, and more. Her work has appeared in publications such as Teen Vogue and brands including Diane von Furstenberg, abc carpet & home, FRĒDA SALVADOR, and more.