Fungsi Antioksidan dalam Penjagaan Kulit dan Cara Menggunakannya

Brittan Bates

Global Brand Storytelling

3 min read

Skincare Education

Ketahui manfaat antioksidan dalam penjagaan kulit.

Antioxidant

Antioksidan ialah salah satu wira sebenar penjagaan kulit—dan untuk sebab yang baik. Meskipun semakin popular sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan sains dan pengetahuan kulit yang lebih baik, kami sentiasa merupakan peminat setia molekul berkuasa itu kerana peranan pentingnya dalam menangani tanda-tanda penuaan awal dengan melindungi, mencegah dan memulihkan kulit daripada kesan berbahaya tekanan luaran.



Apakah antioksidan?

Antioksidan ialah molekul yang melindungi kulit anda daripada kesan berbahaya radikal bebas dan penceroboh alam sekitar. Kulit kita sentiasa terdedah kepada faktor luaran—sinar UV, pencemaran, cahaya biru, asap, dan tekanan—yang boleh memudaratkan kulit, menyebabkan kerosakan oksidatif yang mengakibatkan tanda-tanda penuaan pramatang. Antioksidan adalah penting untuk mengekalkan kesihatan kulit dan memperlahankan tanda-tanda penuaan kulit. Antioksidan berperanan meneutralkan kerosakan oleh radikal bebas dan menyahaktifkan bahan pencemaran yang cuba menjejaskan kulit anda.


Apakah manfaat antioksidan?

Antioksidan dalam formula penjagaan kulit adalah kunci untuk memiliki kulit yang licin, berseri dengan penampilan kurang garisan dan liang pori yang kecil. Terdapat pelbagai jenis antioksidan, ada yang lebih mujarab daripada yang lain. Pada dasarnya, dengan menggabungkan bahan-bahan penjagaan kulit antioksidan ke dalam rutin anda boleh membantu melicinkan garis-garis halus dan memastikan kulit kelihatan dan berasa sihat.


Bagaimanakah saya menggabungkan antioksidan ke dalam rutin penjagaan kulit saya?

Kadangkala kita berasa selesa dalam rutin kita, jadi, idea untuk menambah produk baharu boleh membimbangkan kita atau menjadi rumit. Dengan mengambil kira perkara ini, kami menyusun senarai produk penjagaan kulit dengan sifat antioksidan yang akan memudahkan pertukaran atau penambahan pada rutin anda.


Esen Rawatan Muka Kombucha

Esen kegemaran peminat kami dikuasakan oleh kombucha berkesan yang mujarab—teh hitam yang ditapai yang kaya dengan asid dan vitamin semula jadi—untuk membantu melicinkan kulit, meningkatkan keserian dan melindungi kulit daripada radikal bebas. Rawatan terlaris ini juga membantu meminimumkan penampilan garis halus dan liang pori sambil menyediakan kulit untuk langkah seterusnya. Sebagai tambahan kepada ramuan utama iaitu kombucha, kami merumuskannya dengan asid hialuronik untuk meningkatkan kelembutan bagi kesan kulit yang kelihatan gebu dan ekstrak kulit limau mandarin untuk memperoleh rona kulit yang sekata.


Serum Peptida Menegangkan Teh Hitam

Serum antioksida yang cepat meresap ini diformulasikan dengan kompleks teh hitam kami yang berkesan dan mujarab—dihasilkan daripada ekstrak teh hitam, teh hitam yang ditapai, ekstrak daun beri hitam dan ekstrak biji laici—terbukti memberi perlindungan antioksida. Peptida yang menegangkann dan ekstrak bunga honeysuckle membantu meningkatkan keanjalan kulit serta menyokong kepadatan kulit untuk penampilan wajah berbentuk V.


Pelembap Harian Antioksidan Teratai

Krim muka kami yang kaya dengan antioksidan dipertingkatkan dengan Teratai Super—suatu bahan yang diekstrak daripada seluruh tanaman teratai yang hidup untuk mengatasi tanda pertama penuaan dengan meningkatkan keserian, mengukuhkan lapisan pelindung kulit dan melindungi kulit daripada radikal bebas. Vitamin E bertindak membantu melindungi, menyamankan dan melembutkan kulit, manakala asid hialuronik meningkatkan kelembutan untuk penampilan gebu. Akhir sekali, ekstrak daun buah belimbing melicinkan kulit sambil membantu mengurangkan penampilan garis halus dan kedutan.


Dapatkan semua keperluan penjagaan kulit kami yang kaya dengan antioksidan untuk melindungi kulit anda setiap hari atau produk penjagaan kulit terlaris kami untuk segala keperluan kulit anda.

Author Profile
blog author Brittan Bates

Brittan Bates

Global Brand Storytelling

Written by Brittan Bates for Fresh. Brittan is an NYC-based writer, editor, and storyteller with 9 years of experience spanning digital and print journalism, copywriting, brand strategy, and more. Her work has appeared in publications such as Teen Vogue and brands including Diane von Furstenberg, abc carpet & home, FRĒDA SALVADOR, and more.