SHOP NOW
Asid Poliglutamik: Cara Gunakan & Apa Manfaatnya
Brittan Bates
Global Brand Storytelling
4 min read
Ketahui lebih mendalam tentang bahan serta manfaat yang ditawarkan oleh asid ini sebelum digunakan dalam rutin penjagaan kulit anda.
Populariti asid hialuronik sebagai bahan hidrasi pilihan dalam penjagaan kulit sememangnya diakui. Namun, terdapat satu lagi bahan dalam mengekalkan kelembapan dengan tahap keberkesanan yang sedikit lebih tinggi, iaitu asid poliglutamik.
Jadi, apa itu asid poliglutamik? Mari kita kenali bahan ini dengan lebih mendalam, manfaat yang dimiliki dan bagaimana cara terbaik untuk gunakan asid ini dalam rutin penjagaan kulit anda.
Asid poliglutamik (PGA) atau juga dikenali sodium poligultamat, terdiri daripada sekumpulan molekul asid glutamik, iaitu sejenis asid amino.
Dalam aspek penjagaan kulit, asid poliglutamik berfungsi sebagai humektan. Ini bermakna asid ini memiliki ciri penghidratan kuat dan akan menarik kelembapan dari persekitaran, kemudian mengunci kelembapan tersebut ke dalam kulit. Selain itu, asid ini mempunyai berat molekul yang sangat tinggi, iaitu 2,000kDa. Ciri tersebut membolehkan ia membentuk lapisan perlindungan pada permukaan kulit untuk menghalang air daripada tersejat, melindungi hidrasi semula jadi kulit dan mengunci kelembapan.
Antara humektan lain yang mempunyai ciri-ciri serupa adalah asid hialuronik dan gliserin. Namun, asid poliglutamik diketahui berupaya memerangkap kelembapan 4x lebih banyak berbanding asid hialuronik. Jadi, kulit anda mendapat hidrasi yang lebih banyak dan meliputi semua permukaan pada kulit.
Terdapat beberapa cara menggunakan asid poliglutamik untuk kulita. Ini kerana asid ini masih dapat berfungsi dengan baik apabila digunakan bersama bahan lain, contohnya humektan seperti asid hialuronik. Malah, kombinasi antara asid poliglutamik dengan bahan anti oksida menghasilkan tindak balas anti penuaan terbaik.
Asid poliglutamik biasanya terdapat pada serum seperti Lotus Youth Preserve Resurfacing Dream Serum . Kandungan asid poliglutamik yang terdapat pada serum ini tidak hanya berfungsi untuk mengunci kelembapan, malah ia juga membantu mengekalkan kandungan air serta melembutkan kulit dan seterusnya mengurangkan kemunculan garisan pada wajah.
Anda juga boleh menemui asid poliglutamik pada pelbagai produk lain seperti pelembab, toner, gel, losyen dan krim. Asid ini juga tersedia dalam bentuk supplement. Cuma, kajian tentang tahap keberkesanan dalam bentuk tersebut masih diperingkat awal.
Seperti mana produk penjagaan kulit lain, cara penggunaan produk yang betul begitu penting untuk dapatkan hasil terbaik. Anda perlu gunakan produk daripada yang kelikatan paling rendah dahulu kemudian barulah kepada paling likat. Sentiasa mulakan dengan membersihkan muka anda dan sapukan toner. Kemudian, gunakan serum yang mengandungi asid poliglutamik atau vitamin C. Selepas itu, barulah anda gunakan produk yang lebih likat seperti pelembab dan krim mata.
Berikut adalah antara kelebihan menggunakan produk yang mengandungi asid poliglutamik pada rutin penjagaan kulit anda.
Seperti yang kami katakan sebelum ini, asid poliglutamik berfungsi sebagai humektan. Bahan berkelembapan tinggi ini dapat memerangkap air sehingga 4000x ganda beratnya, Ini bermakna, fungsi asid ini seakan sama seperti span dalam menarik dan mengekalkan kandungan air.
Dehidrasi membuatkan tanda-tanda penuaan nampak lebih ketara disebabkan kulit mula kehilangan lembapan dan kurang anjal. Situasi ini akan membuatkan kedutan, pori dan garisan halus lebih jelas kelihatan. Asid poliglutamik berpotensi mengurangkan tanda-tanda penuaan dengan menarik kelembapan kepada kulit dan memerangkan lembapan tersebut di dalam kulit.
Sel yang terhidrat akan membuatkan kulit kelihatan dan rasa lebih licin; keadaan ini membuatkan wajah lebih natural dan permukaan kulit yang sangat sesuai untuk penggunaan alat solek.
Asid poliglutamik dapat melengkapkan bahan hidrasi yang dihasilkan oleh kulit secara semula jadi. Asid ini ini memiliki enzim yang dapat memecahkan asid hialuronik, iaitu satu lagi humektan yang sangat berkesan. Pemecahan ini dapat melindungi keupayaan asid hialuronik semula jadi yang terdapat pada kulit dan akan membuatkan kulit lebih terhidrat, lebih segar dan semestinya tampak lebih awet muda.
Produk yang mengandungi asid poliglutamik menawarkan manfaat yang besar untuk kulit jenis kering. Namun, ciri-ciri penghidrat yang dimiliki oleh asid ini juga dapat membantu kulit jenis lain. Ia dapat digunakan bersama bahan-bahan lain dan biasanya terdapat pada toner, pelembab dan produk penjagaan kulit lain untuk pelbagai jenis kulit.
Walaupun asid poliglutamik dan asid hialuronik ialah humektan dan penghidrat kulit yang kuat, semakin banyak kajian menunjukkan PGA lebih berkesan dan dalam masa yang sama turut melindungi asid hialuronik dalam kulit.
Lebih menarik lagi, kedua asid ini dapat berfungsi dengan baik jika digunakan bersama serta menawarkan manfaat kepada kulit melalui cara yang berbeza. Jadi, kulit anda akan mendapat manfaat sekiranya anda menggunakan kedua-dua bahan tersebut dalam rutin penjagaan kulit anda.
Dapatkan produk penjagaan kulit yang berkesan dan berkhasiat di fresh. Sama ada anda mencari serum terbaik untuk kulit atau pun produk yang sesuai untuk mengatasi masalah garisan halus dan kedutan, produk fresh sentiasa membantu anda. Selamat dan cara penggunaan yang mudah. Kami memanfaatkan potensi sumber alam semula jadi di seluruh dunia untuk memberi persepsi yang lebih segar dan melakukan transformasi pada kulit.
Written by Brittan Bates for Fresh. Brittan is an NYC-based writer, editor, and storyteller with 9 years of experience spanning digital and print journalism, copywriting, brand strategy, and more. Her work has appeared in publications such as Teen Vogue and brands including Diane von Furstenberg, abc carpet & home, FRĒDA SALVADOR, and more.