Kombucha - Manfaat Penjagaan Kulit Dan Kegunaan

Sophia D'Urso

Global Consumer Experience

2 min read

Skincare Education

Kenali kombucha, bahan hebat kami untuk melindungi dan menyerikan kulit

Kombucha

Anda suka meminumnya, dan kini anda boleh... sapukannya pada kulit anda? Betul—minuman kombucha yang bergas dan ditapai, yang terkenal dengan manfaat kesihatan pemulihannya, mempunyai kesan yang sama dalam penjagaan kulit. Pengasas kami, Lev, mula meminum kombucha dan tertawan dengan kuasa penapaiannya. Kombucha membuatkannya berasa bertenaga dan dinyahtoksik—justeru dia berusaha untuk memanfaatkan pelbagai vitamin dan asid organiknya untuk mencipta penyelesaian yang berkesan terhadap kekusaman dan kekeringan yang disebabkan oleh tekanan persekitaran. Ingin tahu lebih lanjut tentang ramuan wira ini? Terus membaca untuk mengetahui kuasa kombucha dalam penjagaan kulit dengan lebih lanjut, dan waktu yang sesuai untuk menggunakannya dalam rutin anda.



Apakah kombucha?

Kombucha ialah teh hitam yang ditapai, yang kaya dengan asid dan vitamin semula jadi yang sudah wujud sejak zaman kuno. Mengikut sejarah, kombucha terkenal di seluruh Asia dan Rusia sebagai minuman "eliksir abadi" untuk sifat pemberi tenaga dan detoksifikasinya. Penapaian ialah proses yang membantu mengukuhkan sel dan melindunginya daripada terjejas akibat tekanan persekitaran. Untuk penjagaan kulit, proses penapaian semula jadi ini mengubah teh secara biologi pada tahap molekulnya untuk memperoleh keserasian yang lebih baik dengan kulit—ini bermaksud, ramuan teh hitam yang sememangnya sangat berkesan menjadi lebih berkesan dalam keupayaannya memelihara kulit sentiasa licin, rona kulit yang sekata, dan melindunginya daripada bahan pencemar.


Apakah manfaat kombucha dalam penjagaan kulit?

Kombucha bukan sahaja meningkatkan kelicinan, keserian dan kelembutan kulit, malah turut melindunginya daripada kesan cahaya biru yang menjejaskan kulit, dan pencemaran dalaman serta luaran. Kami menyelidik sifat antipencemaran berkuasa kombucha dengan menjalankan beberapa ujian terhadap cahaya biru dan menggunakan bahan pencemar yang lazim seperti logam berat dan hidrokarbon untuk membuktikan bahawa ekstrak ini melindungi kulit. Kami mendapati bahawa kombucha meneutralkan radikal bebas yang disebabkan oleh pencemaran udara dan cahaya biru untuk mencegah tekanan oksidatif dan menyahaktifkan pencemar yang merosakkan, bagi meminimumkan interaksinya dengan kulit. Kami memanfaatkan kuasa semula jadi kombucha dalam esen rawatan cecair dan rawatan pembersihan untuk memberi perlindungan daripada kesan berbahaya tekanan persekitaran untuk kulit yang licin dan bercahaya.


Bilakah penggunaan penjagaan kulit kombucha paling berkesan dalam suatu rutin?

Kombucha bukan sahaja melindungi dan mengukuhkan kulit, tetapi ia juga berfungsi sebagai asas yang sempurna bagi menyediakan kulit untuk langkah seterusnya serta membantu produk penjagaan kulit lain anda berfungsi dengan lebih berkesan. Set duo produk kombucha kami meningkatkan keberkesanan rutin penjagaan kulit anda sambil memberi anda keserian dan perlindungan antioksidan.


Pembersih Tanpa Bilas Kombucha dan Rawatan Prebiotik 2-dalam-1 berfungsi sebagai langkah pertama pembersihan dalam rutin anda untuk menanggalkan solekan dan kekotoran sambil menghaluskan penampilan liang pori dan melindungi lapisan pelindung kulit. Pembersih tanpa bilas ini menampilkan inulin prebiotik, iaitu ekstrak berasaskan tumbuhan yang membekalkan sistem pertahanan semula jadi kulit untuk memastikannya seimbang dan meningkatkan keupayaannya untuk menghalang penyahhidratan dan tekstur yang tidak sekata. Untuk menggunakannya, basahkan pad kapas dengan pembersih dan sapu pada sekeliling muka dan mata. Ulangi proses ini sehingga tiada lagi kotoran pada pad kapas. Untuk menghilangkan solekan mata, letakkan pad kapas di atas mata tertutup selama beberapa saat dan lap dengan lembut, tanpa perlu membilasnya. Teruskan rutin dengan esen dan serum—kami mengesyorkan produk ini digandingkan dengan Esen Rawatan Muka Kombucha untuk kecerahan kulit dan perlindungan antioksidan yang terbaik.


Esen Rawatan Muka Kombucha digunakan selepas langkah pembersihan dan penyegaran bagi menyediakan kulit anda untuk penggunaan serum. Bagi melengkapkan keberkesanan dan kemujaraban kombucha, esen rawatan muka terlaris kami mengandungi asid hialuronik untuk mengekalkan kelembapan, ekstrak kulit limau mandarin untuk menghasilkan kulit yang sekata, dan ekstrak buah kigelia africana untuk melicinkan penampilan tekstur kulit bagi memperoleh kulit yang lembut dan bercahaya. Gunakan pada waktu siang dan malam dengan menepuk perlahan-lahan pada muka dan leher yang telah dibersihkan menggunakan tapak tangan anda, disusuli dengan serum dan pelembap anda. Esen Rawatan Muka Kombucha juga boleh digunakan sebagai rawatan pembersihan tanpa bilas.


Ketahui lebih banyak penyelesaian penjagaan kulit dan antioksidan berprestasi tinggi.

Author Profile
blog author Sophia

Sophia D'Urso

Global Consumer Experience

Written by Sophia D’Urso for Fresh. Sophia is an NYC-based consumer experience specialist and content writer. Sophia has worked as a consumer marketer and writer for years at various brands within the beauty, media, and events industries.