Kehebatan Rambutan

Elsa De Berker

Beauty Expert

4 min read

Skincare Education

Penunjuk: Bertindak seperti retinol, tetapi lebih baik.

The Power of Rambutan

Pada tahun 2023, tiada kekurangan inovatif, bahan berasaskan tumbuhan yang bersaing untuk meraih penghormatan tinggi dalam industri penjagaan kulit. Kebanyakan nama mereka mungkin sudah biasa didengari. Fikirkan: protein soya peneguh pelindung kulit (satu contoh hebat cara penggunaan semula produk sampingan makanan boleh mengelakkan pembaziran dan memberikan manfaat kepada rangkaian kecantikan kita), aloe vera yang melegakan keradangan (sejujurnya, wira kulit yang sering kita terlepas pandang, yang sepatutnya mendapat sambutan yang lebih banyak) dan teh hitam yang kaya dengan antioksidan (yang kini mempunyai data saintifik yang kukuh untuk menyokong bukti beranekdot tentang sifat penggalakan wajah remaja dan pemuliharaannya yang mengagumkan). Bersaing untuk momennya dalam perhatian umum sebagai nama yang turut kurang dikenali, dan sememangnya layak untuk meraih kemasyhuran dan penghormatan. Perkenalkan rambutan kepada dunia:

Apakah Rambutan?

Pokok buah tropika berbunga dengan daun malar hijau yang berasal dari Asia Tenggara, rambutan ialah sepupu kepada buah laici dan dalam keluarga Sapindaceae atau soapberry. Buahnya dalam bentuk kelompok kecil seperti anggur dan mengambil masa sekitar tiga bulan untuk masak.


Apakah bahagian Rambutan yang digunakan untuk penjagaan kulit?

Dalam penjagaan kulit, kebanyakannya menggunakan bahagian kulit, pulpa, biji dan daun. Semuanya sarat dengan bahan antioksidan dan mempunyai banyak manfaat antipenuaan yang berkuasa. Isi buahnya boleh dimakan mentah dan daunnya juga boleh dibru untuk dijadikan teh. Fresh secara eksklusif menggabungkan rambutan dan daun teh hitam dalam proprietarinya iaitu BT Matrix™.


Apakah manfaat Rambutan?

Rambutan bertindak seperti retinol, tetapi lebih lembut, lebih berkhasiat, tidak memerlukan masa rehat untuk pemulihan, boleh digunakan pada Pagi dan Petang dan Malam serta sesuai untuk kebanyakan jenis kulit. Selain tindakan menghaluskan penampilan garis halus dan kedutan, penggabungannya dalam BT Matrix™ juga terbukti secara klinikal untuk menggalakkan sintesis kolagen dan membantu menyokong struktur kulit bagi memastikan kulit kelihatan kenyal, lembap dan tegang.


Apakah jenis kulit yang sesuai dengan Rambutan?

Secara literal, ia sesuai untuk sesiapa sahaja dan terutamanya mereka yang berkulit sensitif atau yang tidak berpendapat bahawa kesan sampingan produk yang mengandungi retinol adalah menarik. Penggemar penjagaan kulit yang lebih muda boleh menggunakan rambutan sebagai alat pencegahan, manakala individu dengan jenis kulit yang lebih matang dan semua individu antaranya akan menikmati manfaat perlindungan dan pelarasan usianya.


Adakah Rambutan lebih baik daripada retinol?

Secara ringkasnya, ya. Murujuk pengujian ketat Fresh secara khususnya, ekstrak daun rambutan dalam BT Matrix™ terbukti sebagai sama berkesannya dengan retinol atau lebih berkesan daripada retinol, tanpa sebarang kesan sampingan yang tidak diingini, seperti kemerahan, kerengsaan, keradangan dan pengelupasan. Ia juga terbukti cukup lembut untuk digunakan setiap hari, dua kali sehari. Dan, ia tidak memerlukan preskripsi.


Di mana penjagaan kulit Rambutan doleh didapati

Dalam Pelembap Black Tea Anti-Aging Ceramide baharu Fresh yang berprestasi tinggi, formula cepat menyerap dan ringan yang dijamin dapat menghasilkan kulit yang licin, tegang dan berseri tanpa masa rehat untuk pemulihan atau tempoh penyesuaian. Digunakan dua kali sehari selama empat minggu, pengguna melaporkan +64% kulit lebih tegang dan +61% peningkatan dalam seri keseluruhan. Dalam jangka masa lapan minggu, pengguna yang sama melaporkan kedutan 7x lebih licin dan kulit 5x lebih tegang. Perlukah kita katakan lebih banyak lagi?

Author Profile
blog author Elsa

Elsa De Berker

Beauty Expert

Elsa is a NYC-based skincare enthusiast and experienced editor with years of worth of content creation for fashion, beauty, wellness, and digital media outlets.