Inspirasi Di Sebalik Inovasi Terbaharu Kami

Sara Anderson

Global Brand Storytelling

3 min read

Our Impact

Ketahui kisah di sebalik inovasi terbaharu kami untuk kulit terbaik anda.

Tea Elixir

Dorongan utama fresh ialah rasa ingin tahu yang tidak terbatas tentang dunia di sekeliling kita, dan mentaliti inovasi tanpa had yang membuatkan kami sentiasa ingin mencuba perkara baharu. Kami melihat alam semula jadi dengan mata yang "segar", mencari kemungkinan yang belum diterokai dan menggunakan bahan semula jadi di luar penggunaan tradisionalnya. Sebagai satu jenama, kami terkenal dengan pengembaraan ke hujung dunia untuk mengubah bahan semula jadi kepada produk penjagaan kulit yang luar biasa.

Sebagai contoh, pengasas bersama kami, Lev Glazman sentiasa tertarik dengan teh sebagai salah satu ubat paling kuno di dunia. Dia mula mengkaji kesannya kepada kulit 15 tahun yang lalu, yang telah menghasilkan Black Tea Collection kami yang diminati ramai. Pendekatan yang sama seperti ini telah membawa kami kepada penemuan saintifik baru-baru ini yang membuka kunci potensi bahan yang benar-benar unik. Tumbuhan ajaib yang tumbuh di tempat yang tidak dijangka inilah yang menjadi bahan utama eliksir baharu kami untuk mendapatkan kulit yang licin, berseri dan berdaya tahan.


Kisah serum ketahanan yang menakjubkan ini bermula 9,000 batu jauhnya di pulau terpencil Mauritius, yang dikenali sebagai "mutiara Lautan Hindi." Di sini, tumbuhan teh bukan tempatan telah diperkenalkan kepada keadaan pertumbuhan yang teruk di pulau tersebut—tanah gunung berapi, iklim tropika dan ketinggian rendah—dan kemudiannya telah menyesuaikan ekspresi genetiknya selama lebih satu abad. Akhirnya, tumbuhan itu bukan sahaja dapat bertahan tetapi tumbuh dengan subur. Bagaimana? Ia menghasilkan phytocompound adaptif yang terbukti 2.65x lebih pekat daripada teh biasa.*


Lev dan pasukan penyelidik fresh telah menemui tumbuhan teh ini dan tertarik dengan idea yang ia akan tumbuh subur dalam keadaan yang melampau. Kami mula terpikat dengan perkataan "daya tahan"—iaitu keupayaan untuk menahan atau menyesuaikan kepada tekanan atau berubah untuk berfungsi dengan sebaik mungkin. Dengan bantuan teknologi canggih, kami dapat mengekstrak kuasa daya tahan tumbuhan teh ini dan menggunakannya untuk penjagaan kulit.


Di fresh, setiap produk dicipta oleh pasukan ahli kimia, ahli biologi dan saintis kulit kami di Makmal Penyelidikan fresh di Paris. Pakar-pakar ini merumus, menguji dan menyempurnakan setiap inovasi untuk memastikan ia selamat, berkesan dan merangsang deria. Penemuan bahan berdaya tahan ini memberi inspirasi kepada pasukan tersebut untuk membangunkan inovasi terbaharu fresh yang memberikan kulit anda alat yang diperlukan untuk berfungsi lebih baik dengan tekstur moden yang cepat menyerap dan haruman bak bau udara dan lautan. Di fresh, kami berani untuk bermimpi, sentiasa berusaha membuat penemuan baharu. Inovasi terbaharu kami ialah hasil daripada obsesi kami terhadap daya tahan—dan kami percaya inovasi ini akan memberikan anda kulit terbaik anda.


*berbanding teh biasa menggunakan proses pengekstrakan yang sama

*compared to ordinary tea using the same extraction process

Author Profile
blog author Sophia

Sara Anderson

Global Brand Storytelling

Written by Sara Anderson for Fresh. Sara is a NYC-based global marketer and beauty content strategist. Sara has 12+ years of experience conceptualizing and producing original content in beauty, fashion, music, and entertainment. Sara has created content for Fast Company, Us Weekly, Birchbox, and PopCrush.com with her expertise most recently in the beauty space.