Panduan Hadiah Percutian Tahun 2022: Hadiah Penjagaan Kulit

Colleen Powers

North America Storytelling

3 min read

Gift Guides

Ketahui hadiah penjagaan kulit terbaik untuk setiap orang dalam senarai anda

Holiday 2022 Skincare

Inilah musim untuk memberi hadiah penjagaan kulit—hadiah yang menyerlahkan keserian mereka! Ada ramai orang dalam senarai anda? Sudah tentu! Kami ada hadiah yang tepat untuk setiap orang dalam senarai anda. Ini cara yang hebat untuk berkongsi beberapa produk fresh kegemaran anda atau memberi mereka sesuatu baharu yang boleh mereka cuba buat kali pertama!


Essentialist

Ada seseorang dalam senarai anda yang ikonik? Mereka inginkan produk yang terbaik antara yang terbaik—telah mencubanya dan benar-benar diperlukan. Hadiah ini sesuai untuk mereka. Pencuci Muka Penghidratan Soya dengan pH Seimbang ikonik kami. Pencuci muka penghidratan #1 kami yang membersihkan pori secara mendalam dan menanggalkan solekan sambil mengekalkan pH kulit serta meningkatkan penghidratan. Formula yang tidak mengeringkan ini terbukti berkesan bagi kulit semua peringkat umur, jantina, jenis kulit dan rona—jadi, ia sesuai untuk seseorang yang essentialist atau sesiapa sahaja dalam senarai anda. Ingin memberi mereka banyak sedikit item? Padankan Pencuci Muka Soya kami dengan produk kegemaran lain iaitu, Esen Rawatan Muka Antioksidan Kombucha, untuk menjadikannya suatu set hadiah kecil. Esen terlaris kami dikuasakan oleh kombucha yang sangat berkesan dan mujarab untuk melindungi kulit daripada pencemaran dalaman dan luaran serta cahaya biru, sambil menghidratkan dan mengurangkan garis halus untuk memperoleh kulit yang lebih licin dan berseri.


Pengembara Ringan

Mereka ingin mengembara ke suatu destinasi pada percutian ini dan sepanjang tahun! Bagi orang dalam senarai anda yang sukakan pengembaraan, dapatkan set hadiah yang tidak memerlukan banyak ruang dalam beg mereka—namun dapat memastikan kulit mereka kelihatan hebat di setiap destinasi. Lagipun, mereka tidak mahu kelihatan lesu selepas menaiki pesawat. Beri mereka Set Penjagaan Kulit Duo Membersih & Menghidrat kami. Selamat untuk dibawa dalam beg tangan. Set hadiah penjagaan kulit ini mengandungi dua item penyelamat kulit penting kami yang mesti dimiliki. Pencuci Muka Soy dengan pH Seimbang kami—pencuci muka universal yang terbukti mengekalkan pH kulit sambil membersihkan, melembutkan, dan menghidratkan semua jenis & rona kulit. Dan, Pelembap Penghidratan Mendalam Asid Hialuronik dan Mawar mini. Kita sedia maklum yang pengembaraan boleh mengeringkan kulit anda. Pelembap asid hialuronik terlaris kami yang memberi penghidratan mendalam selama 72 jam dengan pengukuhan ekstrak bunga ros damask untuk kulit yang segar dan gebu dengan kelembapan. Ingin menambah sesuatu lagi dalam bungkusan hadiah mereka? Tambahkan serum muka kegemaran baharu kami—Serum Seduhan Minyak Penghidratan Mendalam Ros. Serum unik kami mempunyai dua fasa mujarab—iaitu dengan beberapa goncangan—berubah menjadi serum selembut bak sutera, untuk membekalkan segala yang diperlukan oleh kulit yang dahaga dan lesu ketika dalam perjalanan. Dengan air ros, ros damask dan minyak berkhasiat ringan, serum ini menghidrat secara mendalam selama 24 jam tanpa kesan berminyak.



Penggemar Parti

Berparti dengan produk ini! Keseronokan yang berpanjangan dan gelak ketawa tanpa henti, namun siang dan malam yang panjang boleh menjejaskan kulit mereka. Hadiahi mereka Pelembap Antioksidan Harian Teratai kami yang sangat popular untuk menikmati kelembapan dan banyak lagi. Pelembap terlaris kami menampilkan Teratai Super, bahan yang sangat berkesan dan mujarab yang mencegah dan mengatasi tanda awal penuaan dengan meningkatkan keserian, mengukuhkan lapisan pelindungan kulit dan melindungi kulit daripada radikal bebas. Dan, ekstrak daun buah belimbing yang membantu melicinkan penampilan garis halus. Suatu hadiah yang memberi keserian. Ingin menjadikan hadiah penjagaan kulit ini sebagai set hadiah penjagaan kulit? Masukkan krim muka pendamping kami—Pelembap Malam Antioksidan Teratai. Gandingan yang sempurna untuk penjagaan kulit antioksidan sepanjang masa. Pelembap waktu malam kami adalah paling mujarab apabila kulit lebih bersedia untuk menerima khasiat (pada waktu malam!). Dikuasakan oleh Teratai Super antioksidan dan diperkaya dengan ekstrak daun pic untuk membantu pemulihan kulit. Mereka akan bangun dengan kulit yang lebih tenang dan cerah. Hadiah terbaik!


Penggemar Spa

Beri mereka semua alunan muzik yang menenangkan, ruang yang tenang dan produk yang memanjakan diri. Penggemar spa dalam senarai anda menantikan hadiah penjagaan kulit yang boleh membelai mereka. Hadiah yang sempurna—sekeping atau tiga keping masker! Hadiahi mereka Set Penjagaan Kulit Trio Masker Muka Saiz Kembara popular kami, yang set hadiah penjagaan kulit yang akan disukai mereka. Set hadiah ini menampilkan Masker Muka Ros sepanjang zaman kami—masker muka penghidratan segera dengan kelopak ros asli dalam gel selembut sutera yang menyamankan dan memulihkan rona kulit serta tampak gebu. Dan, dua masker muka Teh Hitam! Masker Muka Penyempurna Segera Teh Hitam kami terkenal dengan tekstur ringan dan lembut bak awan yang menjadikan kulit sihat, licin dan segar; dan Masker Muka Semalaman Menganjalkan Teh Hitam kami, yang menyelubungi kulit dengan bahan-bahan yang melembapkan dan menegangkan kulit secara mendalam dalam kompleks teh hitam fresh untuk memberi mereka penampilan wajah yang lebih tegang pada waktu pagi. Namun begitu, sebelum menggunakan masker muka, mereka perlu membersihkan kulit terlebih dahulu. Jadi, jika anda ingin menambah lagi item hadiah mereka, bagaimana dengan Pencuci Muka Penghidratan Soya dengan pH Seimbang kami? Pencuci muka 1# kami membersihkan semua jenis dan rona kulit dengan berkesan, mengekalkan pH kulit mereka dan meningkatkan penghidratan. Dan, dengan ekstrak timun dengan kesan yang menyejukkan dan menenangkan, mereka masih dapat merasai semua suasana di spa.


Penggemar Tegar Kecantikan

Semua perkara yang terkini, terhebat dan paling popular mengenai kecantikan—mereka tahu! Rakan anda yang tegar dengan kecantikan sudah tentu mengikuti trend semasa, dan ini bermaksud mereka mengetahui sepenuhnya tentang Koleksi Teh Hitam dan Kombucha kami. Dapatkan hadiah penjagaan kulit yang menyerlahkan empat produk terbaik dengan Set Penjagaan Kulit Keperluan Teh Hitam kami. Set ini menampilkan Esen Rawatan Muka Antioksidan Kombucha kami, rawatan cecair terlaris yang melindungi, menghidratkan dan mengurangkan garis halus untuk kulit yang lebih licin dan berseri. Ia juga mengandungi Serum Peptida Penegang Teh Hitam, serum pelembap yang menegangkan kulit untuk penampilan bentuk wajah yang bermaya dan berkontur serta hasil serta-merta yang diuji secara klinikal dan daripada masa ke masa. Set hadiah juga memberi mereka Krim Mata Memperlahankan Penuaan Teh Hitam kami, krim mata berkuasa yang mengurangkan penampilan lingkaran gelap, sembap dan garis halus di sekitar mata sambil meningkatkan keserian. Dan pilihan terakhir bagi peminat kecantikan ialah Pelembap Penegang Krim Korset Teh Hitam kami. Krim lembut kami menghidrat kulit selama 24 jam sambil meningkatkan keanjalan dan kekenyalan kulit dengan kompleks teh hitam berkuasa fresh, ekstrak buah goji dan peptida penegang. Bertindak seperti korset untuk kulit wajah anda, membantu mengukuhkan kulit agar kelihatan lebih tegang, anjal dan lebih muda. Bercakap tentang hadiah kecantikan yang terbaik!


Untuk Diri Anda Sendiri

Jangan Terkejut! Adakah anda fikir hadiah hanya untuk diberikan kepada orang lain? Sudah tentu tidak! Raikan diri anda sendiri dengan kejutan terbaik setiap hari dengan Set Kalendar Kembara Percutian kami. Anda tidak mahu terlepas tawaran ini. Bukan hanya satu, tetapi 24 hadiah kecantikan saiz mini! Kerana anda layak menerimanya. Buka tetingkap baharu setiap hari untuk mendedahkan hadiah penjagaan kulit, hadiah penjagaan bibir atau hadiah penjagaan badan. Kami telah mengisinya dengan semua produk kegemaran fresh kami. Menghitung detik percutian yang tidak pernah lebih indah daripada ini.


Bina Set Hadiah Anda Sendiri

Anda tahu produk yang ingin anda berikan tetapi memerlukan bantuan untuk menyusunnya? Kami boleh membantu anda membina set hadiah anda sendiri. Cara yang menarik untuk memastikan mereka memberi hadiah yang sempurna. Mulakan dengan memilih empat produk fresh—penjagaan kulit, penjagaan bibir, penjagaan badan, haruman, terpulang kepada anda—dan tambahkan mesej peribadi anda. Kami akan menyempurnakannya dengan membungkus hadiah-hadiah itu untuk anda. Hadiah yang benar-benar unik untuk seseorang yang istimewa.


Masih Tidak Boleh Membuat Keputusan?

Hadiah yang disukai semua orang—pilihan! Beri mereka keupayaan untuk mendapatkan produk kegemaran fresh mereka atau mencuba sesuatu yang baharu dengan kad eGift. Kami jamin bahawa mereka akan menyukainya kerana itulah pilihan mereka.


Ketahui lebih banyak hadiah untuk setiap orang dalam senarai anda.

Author Profile
blog author Colleen Powers

Colleen Powers

North America Storytelling

Written by Colleen Powers for Fresh. Colleen is a writer, editor, and storyteller with a history of experience spanning digital and print journalism, copywriting, publishing, social media, and more. Her writings have appeared in outlets such as Chanel, Conde Nast, Net A Porter and more.