Panduan Hadiah Percutian Tahun 2022: Hadiah Penjagaan Badan

Colleen Powers

North America Storytelling

3 min read

Gift Guides

Ketahui hadiah penjagaan badan yang menarik bagi semua rakan dalam senarai anda

Holiday 2022 Bodycare

Apakah hadiah percutian yang akan menggembirakan semua orang? Hadiah penjagaan badan fresh! Manjakan kulit dan deria mereka dengan formula mujarab yang benar-benar membelai mereka. Kami ada hadiah untuk semua orang dalam senarai anda, baik untuk ayah anda yang serius mahu pun sahabat anda yang mengemari spa.


Essentialist

Hanya produk asas—tetapi yang bagus—untuk seorang yang “essentialist”. Mereka inginkan produk pujaan—produk kecantikan yang telah dicuba dan terbukti. Hadiah ini sesuai untuk mereka. Pengelupas Penggilap Badan Gula Perang kegemaran peminat kami. Beri mereka keserian spa dari hujung kepala hingga hujung kaki. Kami mempelopori penggunaan gula sebagai pengelupas tanpa pengeringan dengan penyental badan kami yang melembapkan kulit, yang tiada tandingannya untuk hasil kulit yang sangat lembut bak sutera. Kristal gula perang ialah humektan semula jadi yang mencegah kehilangan kelembapan dan menghilangkan kulit kering dengan lembut, sementara minyak yang berharga menyihatkan kulit.


Ingin memberi produk lain juga? Padankan penggilap kami dengan pilihan yang meyihatkan kulit daripada Koleksi Susu. Dikuasakan oleh susu berasaskan tumbuhan, anda boleh memilih Pembersih Badan Susu dengan pH seimbang, Losen Badan Susu yang cepat menyerap, atau Krim Tangan Intensif Susu kami yang sangat menghidratkan.


Pengembara Ringan

Mereka sentiasa mengembara—jadi, hadiahi pencinta kembara dalam senarai anda ini dengan set hadiah yang tidak memerlukan banyak ruang dalam beg mereka. Set Penjagaan Tangan & Bibir Keperluan Kembara kami ialah item yang mesti dibawa mereka untuk pengembaraan. Item yang selamat dibawa dalam beg tangan dan membantu mengelakkan kekeringan. Set hadiah penjagaan kulit mengandungi dua item penyelamat kulit penting kami yang mesti dimiliki. Krim Tangan Intensif Susu kami ialah krim tangan yang sangat menghidratkan dengan susu berasaskan tumbuhan yang menyamankan, yang melicinkan dan melindungi tangan serta kutikel kering—walaupun selepas mencuci tangan. Dan, Balsam Bibir Rawatan Terapi Lanjutan Gula kami yang paling digemari. Merupakan balsam bibir intensif yang terbukti dapat memulihkan bibir kering, menghidratkan bibir selama 24 jam dan menjadikan bibir tampak gebu dan sihat. Set hadiah yang hebat untuk mereka yang kerap terbang!


Penggemar Parti

Ada yang gemar mengunjungi parti dalam senarai anda? Rakan atau ahli keluarga ini suka mencari sebab untuk berparti—jadi, raikan mereka pada musim ini dengan Set Penjagaan Badan Limau Gedang Hesperides kami. Set ini mengandungi wangian Limau Gedang Hesperides, salah satu haruman terlaris kami dengan gabungan ciri haruman sitrus yang mencergaskan dan wangian flora yang segar untuk merangsang deria. Kedua-dua Gel Mandian Limau Gedang Hesperides Grapefruit dan Losen Badan Limau Gedang Hesperides kami mengandungi mentega shea yang melembap, vitamin C & E, dan wangian sitrus yang sungguh harum untuk menyamankan serta menghidratkan kulit mereka. Gabungan yang begitu sempurna untuk kulit yang bersih, lembut dan wangi yang mengasyikkan. Set hadiah percutian yang menyegarkan dan menyeronokkan untuk mana-mana pengunjung atau penganjur parti!




Penggemar Spa

Hadiahi mereka dengan pemberian yang memberi kepuasan. Penggemar spa dalam senarai anda menantikan hadiah penjagaan badan yang boleh membelai mereka. Hadiah yang sempurna sememangnya wujud—iaitu Mandian Sake, produk permintaan tinggi kami. Formula berbuih yang lembut dan halus kami ini dihasilkan menggunakan sake asli dan memberi rasa tenang sepenuhnya. Nikmat apa lagi yang diingini mereka? Mandian ini diinspirasikan oleh amalan kecantikan kuno Geisha Jepun yang terkenal menggunakan sake untuk membersihkan dan melembutkan kulit mereka, dan wangian mewahnya daripada tradisi mereka menyeduh air mandian dengan buah pisang kaki sebenar.


Ingin padankan Mandian Sake dengan produk yang lain? Bagaimana jika digandingkan dengan salah satu Losen Badan ikonik kami? Mengandungi mentega shea yang melembap dan vitamin C & E yang menyamankan dan menghidrat kulit anda, lumurkannya selepas mandian hangat, berendam dalam tub mandi atau pada bila-bila masa kulit anda memerlukan sedikit bantuan. Pilih daripada pelbagai losen wangi yang mengasyikkan seperti Losen Badan Lemon Gula atau Losen Badan Citron de Vigne.


Penggemar Tegar Kecantikan

Mereka mesti memilikinya—dan dengan segera! Rakan anda yang tegar dengan kecantikan itu sentiasa mengetahui hal kecantikan yang terbaik di luar sana. Jadi, hanya hadiah item paling terkini yang sesuai untuk mereka. Dapatkan hadiah penjagaan badan yang menjadi sebutan orang—Set Duo Penjagaan Khasiat Susu. Kesemua Koleksi Susu kami mengandungi tiga jenis susu yang berasaskan tumbuhan (centella, beras dan biji rami) untuk menyamankan, melegakan dan mengukuhkan kulit mereka. Inovasi yang hebat! Set yang mesti dimiliki ini mengandungi Pembersih Badan Susu kami, iaitu pembersih badan harian dengan pH seimbang yang melembapkan, yang berubah menjadi buih berkrim untuk membersihkan dan menyihatkan kulit mereka. Bersama-sama dengan Losen Badan Susu kami, iaitu losen ringan yang menghidrat secara mendalam selama 24 jam sambil menyamankan dan mengukuhkan lapisan pelindung kulit. Dapatkannya sebelum kehabisan!


Untuk Diri Anda Sendiri

Jangan lupakan diri anda sendiri! Hadiah yang kami syorkan? Hadiahi diri anda sendiri dengan deodoran yang menakjubkan—Deodoran Antipeluh Berbuli Gula kami. Ia menghalang peluh dan memberi perlindungan berpanjangan daripada bau yang kurang menyenangkan sambil menyegarkan deria dengan wangian Gula ikonik kami. Formula lembut dan bebas alkohol kami diperkaya dengan gula, yang membantu menghalang bakteria penyebab bau busuk dan ekstrak semula jadi yang menyamankan, memulihkan dan menyegarkan kulit. Dengan alat aplikator luncur tanpa meninggalkan kesan warna, ia menyerap dengan cepat untuk memberikan kekeringan yang tiada tandingannya dengan haruman yang enak sepanjang hari.


Bina Set Hadiah Anda Sendiri

Anda tahu produk yang ingin anda berikan tetapi memerlukan bantuan untuk menyusunnya? Kami boleh membantu anda membina set hadiah anda sendiri. Cara yang menarik untuk memastikan mereka memberi hadiah yang sempurna. Mulakan dengan memilih empat produk fresh—penjagaan kulit, penjagaan bibir, penjagaan badan, haruman, terpulang kepada anda—dan tambahkan mesej peribadi anda. Kami akan menyempurnakannya dengan membungkus hadiah-hadiah itu untuk anda. Hadiah yang benar-benar unik untuk seseorang yang istimewa.


Masih Tidak Boleh Membuat Keputusan?

Hadiah yang disukai semua orang—pilihan! Beri mereka keupayaan untuk mendapatkan produk kegemaran fresh mereka atau mencuba sesuatu yang baharu dengan kad eGift. Kami jamin bahawa mereka akan menyukainya kerana itulah pilihan mereka.


Ketahui lebih banyak hadiah yang memanjakan badan untuk setiap orang dalam senarai anda.

Author Profile
blog author Colleen Powers

Colleen Powers

North America Storytelling

Written by Colleen Powers for Fresh. Colleen is a writer, editor, and storyteller with a history of experience spanning digital and print journalism, copywriting, publishing, social media, and more. Her writings have appeared in outlets such as Chanel, Conde Nast, Net A Porter and more.