Emulsion Sebagai Rawatan Dehidrasi untuk Semua Jenis Kulit

Tori Douglas

Global Digital

4 min read

Expert Advice

Ketahui bagaimana emulsion muka dapat merawat kulit kering dan terdehidrasi.

Rose Emulsion for Dehydrated Skin

Ada ketikanya, kulit kita tiba-tiba sahaja jadi tidak serasi dengan apa juga produk yang digunakan. Garisan halus bertambah, kulit rasa tegang dan gatal, ataupun kelihatan kusam tak bermaya. Keadaan kulit sebegini bukan saja mengganggu keselesaan, tetapi juga sedikit sebanyak menggoyahkan keyakinan yang diterbitkan daripada kompleksi kulit yang nampak sihat. Salah satu punca utama keadaan tersebut adalah dehidrasi, dan cara terbaik untuk menanganinya adalah dengan menggunakan produk penjagaan kulit seperti emulsion.


Emulsion atau emulsi ialah pelembab ringan berasaskan air yang sesuai untuk semua jenis kulit. Teksturnya berkrim, meresap pantas dan mampu menembusi kulit dengan mendalam, untuk membuatkan kulit menjadi lembut dan lembab. Tidak kira apa jenis kulit anda, jika anda ingin merawat kulit yang mengalami dehidrasi, ketahui bagaimana emulsion boleh menjadi sebahagian daripada rutin skincare anda.

Apakah tanda-tanda dehidrasi pada kulit?

Apabila kulit anda mengalami dehidrasi, kulit terasa kasar, mengelupas, atau gatal-gatal. Selain itu, garisan halus pada kulit semakin jelas kelihatan akibat kekurangan air. Dehidrasi tidak hanya berlaku pada kulit jenis kering. Malah, kulit menjadi lebih berminyak daripada kebiasaan juga merupakan satu lagi tanda dehidrasi. Kulit berminyak selalunya mengalami kekurangan air, di mana keadaan ini memaksa penghasilan lebih banyak minyak. Selain itu, ia juga menjadi punca pengumpulan sel kulit mati dan pori tersumbat.


Semua tanda-tanda dehidrasi akan menyebabkan satu perkara berlaku: kulit yang tidak seimbang. Ia boleh berpunca disebabkan oleh beberapa stressor harian, sama ada terdedah terlalu lama kepada cahaya matahari, jadual harian yang padat, tidak cukup tidur atau cuaca terlalu panas atau sejuk. Hidrasi yang tidak seimbang juga melemahkan fungsi penghalang kulit, lalu menyebabkan kulit anda menjadi lebih sensitif.


Bagaimana keadaan kulit yang seimbang dan terhidrat?

Penghalang kulit anda berfungsi menyokong rona kulit yang seimbang. Apabila penghalang kulit anda kuat dan sihat, permukaan kulit anda mengandungi minyak dan air yang seimbang untuk sama-sama melindungi kulit daripada stressor persekitaran. Kulit yang terhidrat dan seimbang akan kelihatan lembut, rata dan gebu.


Apa itu emulsi dalam penjagaan kulit?

Hidrasi sememangnya penting untuk kulit yang sihat, tetapi minum air lebih banyak tidak semestinya akan menyelesaikan masalah hidrasi pada kulit. Untuk situasi ini, produk skincare seperti emulsion boleh membekalkan hidrasi dan kelegaan pada kulit.


Emulsion ialah sejenis pelembap dengan formulasi khas. Berbeza daripada pelembap lain, emulsion mengandungi titisan minyak halus yang tersebar sekata dalam formula berasaskan air. Dengan tekstur yang lebih ringan, molekul emulsion dapat meresap ke dalam kulit yang mengalami dehidrasi dengan lebih cepat berbanding pelembap yang lebih pekat.


Tekstur emulsion yang unik membuatkan ia ideal untuk semua jenis kulit, tidak hanya untuk kulit jenis kering. Untuk kulit berminyak, emulsion membekalkan hidrasi yang ringan tanpa rasa melekit. Kerana itulah emulsion lebih sesuai untuk kulit jenis berminyak berbanding pelembap biasa yang lain.


Apakah fungsi emulsi untuk kulit?

Emulsion direka khas untuk mengembalikan keseimbangan minyak-air yang sensitif, yang diperlukan untuk memastikan penghalang kulit kekal kuat dan sihat. Berbeza dengan sesetengah pelembap yang mungkin terasa tebal dan berat, emulsion membekalkan hidrasi berstruktur ringan dengan serta-merta, dan dapat akan meresap ke dalam kulit dengan cepat untuk merawat dehidrasi.


Emulsion membekalkan hidrasi hingga ke lapisan dalam kulit, membantu menguatkan penghalang kulit, meningkatkan keupayaan kulit mengekalkan kelembapan, serta menyediakan hidrasi berpanjangan. Disebabkan teksturnya yang ringan, emulsion menjadi produk terbaik untuk masalah hidrasi dalam rutin anda dan boleh digunakan secara bersendirian atau untuk menguatkan kesan pelembap.


Bagaimana cara gunakan emulsion dalam rutin skincare anda

Emulsion cukup versatil untuk dimasukkan dalam rutin penjagaan kulit harian anda. Jika anda gunakan emulsion bersama produk lain, ia tidak akan terasa berat atau berminyak. Emulsion selalunya digunakan sebagai langkah yang terakhir dalam rutin penjagaan kulit bagi mengunci kelembapan yang dibekalkan oleh bahan aktif produk skincare yang lain.


  • Waktu pagi: Mulakan hari anda dengan pencuci muka yang lembut untuk membuang segala kekotoran, diikuti dengan serum dan essence pilihan anda. Selepas itu, anda boleh gunakan emulsion untuk mengunci hidrasi dan menyediakan permukaan yang licin untuk solekan anda. Akhir sekali, lengkapkan rutin pagi anda dengan SPF sebagai perlindungan terhadap kesan UV.
  • Waktu malam: Untuk rutin malam, cuci muka dan sapukan essence atau serum, diikuti dengan emulsion pilihan anda untuk hidrasi mendalam. Jika anda inginkan lebih banyak hidrasi, sapukan pelembap sebagai lapisan tambahan terakhir dalam rutin malam anda.

Nikmati hidrasi mendalam dengan fresh

Jika anda sedang mencari emulsion untuk merawat kulit yang mengalami masalah dehidrasi, Rose Deep Hydration Emulsion daripada fresh sangat sesuai untuk anda. Emulsion dengan formula berkrim ini dapat meresap dengan pantas dan memberi keseimbangan minyak dan air dalam semua jenis kulit*, untuk kulit terasa ringan selepas digunakan.


Rose Deep Hydration Balancing Emulsion diperkaya dengan ekstrak bunga ros damask yang meningkatkan kandungan asid hialuronik, untuk menghalang penghalang kulit daripada kehilangan air. Bunga ros damask pula dipilih daripada 200 spesis bunga ros yang lain kerana komposisinya yang unik serta pelbagai khasiat untuk kulit.


*kulit normal, kering, berminyak, kombinasi

Author Profile
blog author tori

Tori Douglas

Global Digital

Written by Tori Douglas for Fresh. Tori is a NYC-based digital and brand strategist. Tori has worked for various publications and brands such as Kiehl's, The Body Shop, Deux Hommes Magazine, and Elite Daily with her expertise lying in the fashion & beauty space.