SHOP NOW
Emulsion vs. Serum: Apakah perbezaannya?
Tori Douglas
Global Digital
2 min read
Adakah anda perlu menggunakan emulsion dan serum dalam rutin penjagaan kulit anda? Ketahui jawapannya!.
Apabila berbicara tentang penjagaan kulit, sememangnya terdapat produk penjagaan kulit tertentu yang boleh memberi kesan besar terhadap rutin penjagaan kulit muka anda. Antara produk tersebut adalah emulsion dan serum. Daripada penghidratan yang tahan lama sehinggalah kepada memberi sokongan pelindungan dan banyak lagi, kedua-dua formula penjagaan ini menawarkan manfaat yang pelbagai. Namun, apa perbezaan antara kedua-dua produk ini? Adakah anda perlukan kedua-duanya untuk rutin penjagaan kulit anda? Kami kongsikan panduan lengkap dalam artikel ini. Jom baca!
Emulsion ialah eliksir atau campuran ringan berasaskan air yang mengandungi minyak dan juga emolien untuk mengunci hidrasi serta menghalang kehilangan air–sama seperti pelembab. Apa yang membezakan emulsion dan pelembab adalah ia jauh lebih ringan, mempunyai ketekalan (consistency) kurang likat yang akan meresap ke dalam kulit dengan cepat. Emulsion meningkatkan kesihatan kulit dengan memberi kelembapan dan menghalang hidrasi daripada tersejat. Keadaan sebegitu akhirnya akan menghasilkan satu perlindungan optimum untuk kesegaran kulit.
Facial serums atau serum muka adalah larutan berpekatan tinggi yang mengandungi bahan aktif, dan khusus untuk masalah tertentu pada kulit—antaranya seperti dehidrasi, hiperpigmentasi, kusam, dan penuaan. Dari segi kelikatan, serum muka lebih cenderung memiliki tekstur berair dan seakan gel walaupun tidak semua serum mempunyai ciri sebegitu. Serum memberi kelebihan kepada mereka yang inginkan rutin penjagaan kulit yang lebih dari sekadar penghidratan asas. Ini termasuklah membantu mengurangkan garisan halus dan kedutan di muka, kurangkan kerosakan berpunca dari cahaya matahari, atau mencerahkan luaran kulit yang menjadi putih kekuningan. Selain itu, serum muka berupaya menembusi kulit lebih dalam. Ciri-ciri tersebut membuatkan serum muka produk penjagaan kulit yang sangat berkesan dan bertindak balas dengan pantas.
“Emulsion lebih tebal berbanding serum dan direka untuk memberi penghidratan pada kulit” ujar Dr. Marisa Garshick, seorang dermatologis bertauliah di Bandaraya New York. “Sementara itu, serum lebih ringan dan mempunyai formulasi yang lebih pekat dan mengandungi bahan aktif utama seperti antioksida”, tambah beliau lagi.
Dalam rutin penjagaan kulit, serum muka biasanya digunakan dahulu—biasanya selepas membersihkan muka sebelum pelembab—sementara emulsion boleh digunakan sama ada yang terakhir sekali atau sebelum anda menggunakan pelembab muka.
Semuanya bergantung pada jenis kulit dan juga keselesaan anda, namun di fresh kami sarankan anda lakukan rutin berikut:
● Kulit kering: Pembersih, essence, serum, emulsion, pelembab
● Kulit berminyak: Pembersih, serum, emulsion
● Kulit sensitif: Pembersih, serum, emulsion, pelembab
Rose Deep Hydration Balancing Emulsion adalah produk baru kami yang boleh menjadi pilihan terbaik bagi mereka yang tercari-cari super-hydrator ringan yang dapat melembutkan, menyuntik kesegaran dan seimbangkan kulit. Diperkayakan dengan air mawar, damask rose, asid hyluronik bermolekul ringan dan ekstrak bunga yarrow, emulsion ini dapat meresap ke lapisan paling dalam dengan cepat. Sesuai untuk semua jenis kulit muka termasuk kulit sensitif, ia membantu kulit dapatkan tindak balas harian yang lebih konsisten jika kerap digunakan.
Ingin tahu satu lagi produk best seller kami yang boleh digunakan sekali? Rose Deep Hydration Oil-Infused Serum mengandungi squalane dan minyak rosehip. Eliksir pelbagai guna ini dirumus dengan teknologi dwi fasa yang menghalang kehilangan kelembapan, menguatkan lapisan kulit dan mengurangkan kegatalan. Ciri-ciri tersebut membuatkan serum muka ini sememangnya pilihan ideal, terutamanya mereka yang mengalami masalah kulit kering atau sensitif.
Bagi mereka yang mencari produk untuk kulit berminyak, usah risau kerana kami tidak lupakan anda. Tea Elixir Skin Resilience Activating Serum sesuai untuk semua jenis kulit, terutamanya untuk kulit berminyak dan mudah berjerawat. Serum ini membantu mengecilkan bukaan liang pori yang besar. Serum ini telah terbukti menguatkan daya tahan yang boleh terlihat pada kulit sehingga 62 peratus*. Selain itu, serum muka ini juga diperkaya dengan niasinamida, asid hyaluronik dan seramida serta Teknologi Adaptive Phytocompound Tea (APT) eksklusif kami untuk perlindungan antioksida tambahan.
Tidak kira apa sahaja masalah yang anda alami untuk kulit muka, terdapat produk fresh yang dapat membekalkan khasiat dan hidrasi agar anda dapat menikmati kulit berseri dan mencerahkan sepanjang masa. Lihat pelbagai jenis produk penjagaan kulit, penjagaan badan dan set hadiah untuk mendapatkan produk yang mampu menyuntik kesegaran kepada anda.
Written by Tori Douglas for Fresh. Tori is a NYC-based digital and brand strategist. Tori has worked for various publications and brands such as Kiehl's, The Body Shop, Deux Hommes Magazine, and Elite Daily with her expertise lying in the fashion & beauty space.