Cara Menggunakan Esen Muka untuk Kulit yang Berseri

Tori Douglas

Global Digital

3 min read

Expert Advice

Petua teratas kami tentang cara menggunakan esen muka, manfaatnya dan menggabungkannya ke dalam rutin penjagaan kulit anda.

Face Essence

Anda bertanya, kami menjawab semua soalan anda tentang esen muka. Nampaknya, hampir setiap hari industri kecantikan memperkenalkan produk baharu yang mengubah industri. Kami faham, banyak perkembangan yang perlu diikuti setiap hari. Selain itu, penjagaan kulit boleh mengelirukan dengan begitu banyak produk dalam pasaran untuk dicuba dengan ramuan istimewa yang boleh mengubah hidup anda. Di fresh, kami menyukai semua perkara yang berkaitan dengan penjagaan kulit dan kami ingin anda tahu bahawa esen muka bukanlah sekadar suatu trend dan mesti menjadi item tambahan terkini dalam rutin penjagaan kulit anda.



Apakah esen muka dan bagaimanakah caranya berfungsi?

Esen muka ialah cecair rawatan muka dengan pelbagai fungsi yang membekalkan berbilang manfaat kepada kulit. Esen muka bertujuan untuk melembap, melindungi kulit daripada tekanan luaran, kulit yang licin dan melembutkan tekstur kulit menerusi formula cecair yang sangat pekat. Sebaik sahaja digunakan, esen muka menyerap ke dalam kulit dengan serta merta. Ia bertindak sebagai lapisan untuk memulihkan penghidratan lapisan pelindung kulit dan ia membantu kulit menyerap produk yang digunakan selepas itu dengan lebih baik. Esen muka adalah langkah pertama dalam merawat kulit dan sentiasa disusuli dengan penggunaan penyegar muka.


Apakah manfaat penjagaan kulit menggunakan esen muka?

Esen muka memberi perlindungan antioksidan daripada radikal bebas, menghidratkan lapisan pelindung kulit secara mendalam, meningkatkan keserian, mengurangkan penampilan garis halus, menghaluskan liang roma, meningkatkan keanjalan, melembut dan melicinkan tekstur serta memperbaik kulit yang tidak sekata. Esen muka memainkan peranan penting dalam mengurangkan tanda-tanda penuaan dan mengekalkan kulit yang sihat dan kelihatan muda.


Apakah perbezaan antara esen muka dan penyegar muka?

Soalan lama—sekurang-kurangnya sejak esen muka diperkenalkan beberapa tahun lalu. Penyegar muka ialah langkah terakhir bagi bahagian pembersihan dalam rutin penjagaan kulit. Ia memulihkan keseimbangan pada kulit selepas anda menanggalkan kekotoran dan sebarang solekan pada hari itu. Penyegar muka membantu membersihkan sisa kekotoran, meminimumkan penampilan liang pori sambil melicinkan kulit. Penyegar muka biasanya paling berkesan untuk orang dengan kulit berminyak atau mudah berjerawat, manakala esen muka sangat bagus untuk semua jenis kulit. Esen muka adalah langkah pertama dalam proses rawatan rutin penjagaan kulit. Esen muka berfungsi untuk merawat dan menyasarkan masalah kulit secara aktif sambil menyediakan kulit untuk langkah seterusnya. Secara ringkasnya, anda menggunakan penyegar muka selepas membersihkan muka. Esen muka digunakan selepas penyegar muka dan sebelum anda menggunakan serum muka serta krim muka.


Bolehkah anda menggunakan penyegar muka dan esen muka bersama-sama?

Sudah tentu boleh! Pertama, bersihkan kulit dengan pencuci muka yang lembut. Kemudian, sapu penyegar muka tanpa alkohol yang tidak mengeringkan kulit menggunakan pad kapas. Seterusnya, tekan esen muka dengan menggunakan tangan anda dan disusuli dengan serum muka, krim mata dan krim muka anda. Secara keseluruhannya, penggunaan esen muka dan penyegar muka bersama-sama akan membantu penghidratan yang mendalam dan mengimbangi rona kulit.


Bagaimanakah anda menggabungkan esen muka ke dalam rutin penjagaan kulit anda?

Penambahan produk baharu dalam rutin penjagaan kulit anda boleh menimbulkan kebimbangan, tetapi kami sedia membantu anda mengurangkan rasa bimbang itu. Proses penggunaan produk kecantikan daripada yang paling ringan (pembersih muka) kepada yang paling berat (krim muka), membolehkan kulit anda menyerap setiap produk secara berasingan. Menggabungkan esen muka dalam rutin anda akan meningkatkan kadar penyerapan produk yang digunakan selepasnya. Berikut ialah cara untuk menggabungkan esen kulit dalam rutin anda dan turutan yang perlu diikuti dalam penggunaan produk penjagaan kulit anda.


Langkah 1: Bersihkan muka anda secara mendalam menggunakan pembersih yang lembut

Langkah 2: Tanggalkan kekotoran degil dengan pad kapas yang dibasahkan dengan penyegar muka yang tidak mengeringkan kulit

Langkah 3: Tuangkan sedikit esen muka ke tapak tangan anda dan sapu pada muka dan leher yang telah dibersihkan menggunakan hujung jari anda.

Langkah 4: Sapukan serum muka yang pekat untuk menyasarkan masalah kulit

Langkah 5: Kekalkan kelembapan dengan krim muka yang menghidratkan


Adakah semua soalan anda tentang esen muka sudah terjawab? Sekarang, ketahui produk terlaris kami iaitu, Esen Rawatan Muka Antioksidan Kombucha untuk mempertingkatkan rutin anda.

Author Profile
blog author tori

Tori Douglas

Global Digital

Written by Tori Douglas for Fresh. Tori is a NYC-based digital and brand strategist. Tori has worked for various publications and brands such as Kiehl's, The Body Shop, Deux Hommes Magazine, and Elite Daily with her expertise lying in the fashion & beauty space.